[VIDEO] Tak sempat pecah masuk kilang, 2 penjenayah berbahaya ditembak mati lepas didakwa serang anggota polis di Pulau Pinang


  • 112
  • Jumaat, 27 Sep 2024

Suspek berusia 38 dan 39 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DUA lelaki warga Vietnam yang disyaki pencuri ditembak mati selepas mereka didakwa menyerang anggota polis dengan parang dalam kejadian di Lorong Perindustrian 4, Bukit Panchor, Pulau Pinang pada Jumaat.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kedua-dua suspek berusia 38 dan 39 tahun itu ditemui dalam keadaan mencurigakan keluar dari sebuah kilang di kawasan tersebut pada pukul 3.20 pagi oleh sepasukan polis yang sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

“Sebaik menghampiri kenderaan itu, dua lelaki keluar dari kilang berhampiran. Pihak polis mengarahkan suspek untuk berhenti, tetapi lelaki yang bersenjatakan parang telah menyerang polis.

"Anggota polis kemudian melepaskan empat das tembakan untuk mempertahankan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Kontroversi waktu ‘check-in’, ‘check-out’ hotel kini dalam pemerhatian Motac

BACA LAGI: Program Anak Kita terima peruntukan RM100 juta atasi keciciran pelajaran — PM Anwar

Suspek berusia 38 dan 39 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya lagi, siasatan juga mendapati dua suspek terbabit antara rangkaian sindiket didalangi warga sama yang mensasarkan kilang, gudang untuk dipecah masuk sebelum melarikan aset termasuk wang tunai dalam peti besi premis tersebut.

“Dengan tertumpasnya dua suspek ini kita berjaya menyelesaikan enam kes dalam Kontinjen Pulau Pinang dan lima kes Kontinjen Kedah melibatkan kerugian lebih RM 317,700," katanya.

Mengulas lanjut, hasil semakan lanjut mendapati mangsa berkenaan aktif dalam kegiatan tersebut sejak 2017 dan keluar masuk negara menggunakan pas pelancong.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan mayat dua suspek telah dihantar ke Hospital Seberang Perai untuk siasatan lanjut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram