PENIAGA yang beroperasi di Pudu Wak Sei Kai (Jalan Glutton) sepanjang Jalan Sayur, Kuala Lumpur berpuas hati dengan perubahan baharu.
Tempat makan yang berusia lebih 10 dekad itu menjalani penurapan jalan menggunakan blok bersambung.
Penjual makanan Low Bee Yong berkata, pengunjung juga memuji penambah baikan jalan itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Bapa bakar motor anak bersebab, pernah lalui zaman merempit
BACA LAGI: [VIDEO] Langgar anggota polis Setapak: Pemandu belum buat repot, kediaman di Pulai tidak berpenghuni
"Sebelum ini jalan tar itu tidak rata, namun sekarang ia lebih bersih dan kemas.
"Pelancong daripada China, Taiwan dan Hong Kong juga mengambil gambar selepas atau semasa menikmati makanan," katanya.
Penjual pencuci mulut, Leow Sek Moi berkata, perubahan itu menarik perhatian lebih ramai pengunjung.
"Jalan tersebut menjadi lebih cantik dan perniagaan juga bertambah baik.
"Bagaimanapun, gerai-gerai berkenaan masih mengalami banjir kilat setiap kali hujan lebat," katanya sambil menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berbuat sesuatu mengenai masalah tersebut.
Low berkata perniagaan telah bertambah baik sejak kerja penurapan semula.
Projek penurapan semula sepanjang 100 meter itu menelan belanja RM 50,000 daripada peruntukan MP Bukit Bintang Fong Kui Lun, meliputi separuh daripada Jalan Glutton.
Kerja dimulakan pada pertengahan bulan lalu dan siap pada penghujung bulan.
Ia meliputi blok heksagon yang saling mengunci yang boleh dikeluarkan untuk pembaikan utiliti bawah tanah.
Di bahagian tengah, blok berwarna itu turut menyebut nama jalan itu, Jalan Sayur.
Kui Lun berkata, pasar pagi pertama di Pudu terletak di Jalan Sayur sebelum peniaga berpindah ke pasar pagi Pudu sekarang.
"Jalan tersebut merupakan tempat lepak yang popular untuk penduduk tempatan selepas mononton filem di panggung Starlight dan Majestic Theatres, yang terletak tidak jauh dari sini.
"Lebih ramai penjaja bermula berniaga di sini selepas melihat potensinya, dan ia menjadi Jalan Pudu 'Glutton Street", katanya kepada StarMetro.
Beliau berkata, mereka akan memantau blok-blok itu dan jika respon ia positif, separuh lagi Jalan Glutton akan diturap dengan cara yang sama.
"Kami akan bekerjasama dengan DBKL untuk mengkaji semula sistem perparitan di kawasan itu.
"Menurut DBKL, dana telah diperuntuhkkan untuk menaik taraf sistem saliran di kawasan ini, sehingga ke Pasar Pudu," kata Ahli Parlimen itu.
Turut hadir pembantunya Lee Bing Hong, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPPWP) Bukit Bintang Ben Fong dan penasihat Kui Lun Hiew Fong Poh. — TheStar/JAROD LIM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram