JABATAN Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) tampil menafikan dakwaan bahawa sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman membiarkan murid mereka untuk makan dan minum di tengah cuaca panas.
Pengarahnya, Jelani Sulong berkata, suasana di kantin sekolah itu sebenarnya sangat kondusif dan mampu menampung murid untuk makan serta minum pada waktu rehat.
Jelasnya lagi, pihaknya mengakui terdapat beberapa kanopi yang digunakan murid sebagai tempat berteduh rosak disebabkan dipukul ribut pada Selasa lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] Jambatan Balok Makmur jadi fokus isu keselamatan, penduduk suarakan kebimbangan
"Dakwaan murid makan dan minum pada sesi rehat di tengah panas seperti dimuat naik dalam media sosial Facebook (FB) adalah tidak berasas.
"Suasana kantin di sekolah itu sangat kondusif dan memang muat untuk semua murid sekolah makan dan minum pada sesi rehat," katanya memetik laporan Harian Metro pada Khamis.
Pengarah JPNT, Jelani Sulong.
Jelani berkata demikian ketika mengulas isu tular murid terpaksa makan dan minum di tengah panas berikutan kanopi rosak dipukul ribut.
Mengulas lanjut, Jelani berkata, semua kerosakan di kantin termasuk di dalam bilik darjah di sekolah itu sudah dibaiki JPNT.
"Kanopi berkenaan hanya untuk murid-murid berteduh secara santai dan bukannya untuk makan semasa rehat. Gambar dan berita yang dimuat naik melalui laman sosial itu tidak berasas," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram