Air coklat bau masam, ayam goreng mentah dipercayai punca 101 pelajar SK Chepor alami keracunan makanan


  • Primer
  • Khamis, 26 Sep 2024

Kira-kira 101 murid dari SK Chepor, Chemor, Perak dilaporkan mengalami keracunan makanan pada Rabu. — Gambar Hiasan

KIRA-KIRA 101 murid dari SK Chepor, Chemor, Perak dilaporkan mengalami keracunan makanan selepas memakan ayam goreng dan minuman coklat di kantin sekolah pada Rabu, kata Pengarah Kesihatan Perak.

Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, pihaknya dimaklumkan tentang insiden itu melalui sistem e-pemberitahuan pada pukul 8 pagi Rabu selepas lima murid menunjukkan gejala keracunan seperti cirit-birit, muntah, sakit perut dan demam.

Tambahnya lagi, semua murid menerima rawatan di dua kemudahan kesihatan di sekitar Ipoh yang mendorong Unit Kawalan Penyakit Berjangkit untuk menyiasat sekolah berkenaan.

BACA LAGI: Retak tulang belakang tak halang anak jati Johor tawan puncak ABC, sedang buat persiapan menuju Everest

BACA LAGI: 'Ratu contest' gemar doodle di malam hari, anggap lukisan terapi kesihatan mental

6316843006682054317

101 murid dari SK Chepor, Chemor, Perak dilaporkan mengalami keracunan makanan.

"Hasil siasatan pengesanan kes aktif, sejumlah 96 kes tambahan telah dikenal pasti pada 5 petang Rabu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 101. Dalam jumlah tersebut, 50 murid perempuan dan 51 murid lelaki," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, sejumlah 101 kes menunjukkan gejala muntah, 84 kes mengalami cirit-birit, 68 kes mengalami sakit perut dan 24 kes mempunyai gejala demam.

"Tanda-tanda awal bermula pada Selasa tengah hari, manakala tanda-tanda terbaru berlaku Rabu pada pukul 8 pagi. Seorang murid dimasukkan ke wad kanak-kanak di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

"Seramai 62 murid lain menerima rawatan pesakit luar di klinik kesihatan berdekatan dan klinik swasta berhampiran rumah mereka

"Murid lain hanya mengalami gejala ringan dan telah berehat di rumah. Semua kes dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.

Siasatan awal mendapati makanan yang disyaki menjadi punca keracunan adalah minuman berperisa coklat dan ayam goreng yang disediakan di dapur kantin sekolah.

"Pelajar melaporkan bahawa minuman berperisa coklat yang dijual di kantin pada hari Selasa mempunyai bau 'masam' ketika diminum.

"Mereka juga mengadu bahawa ayam goreng tidak dimasak sepenuhnya, dengan sebahagian daging ayam masih mentah.

"Agen yang disyaki menyebabkan keracunan adalah Salmonella spp, berdasarkan gejala dan tempoh inkubasi kes," katanya.

Beliau berkata itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta telah mengeluarkan arahan untuk menutup kantin sekolah selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Selain itu, denda juga telah dikenakan atas pelanggaran memakai aksesori semasa mengendalikan makanan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram