Semakan latar belakang, aspek 3M antara penilaian KPM sebelum ambil alih pendidikan anak pengikut GISBH


  • Primer
  • Selasa, 24 Sep 2024

PDRM mengesahkan sebanyak 138 akaun bank GSIB dengan dana berjumlah RM882,795 dibekukan. — Agensi

KEMENTERIAN Pendidikan memerlukan masa tambahan untuk menilai anak pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sebelum mereka memulakan kelas pendidikan pada Oktober nanti.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penilaian itu akan merangkumi semakan latar belakang kanak-kanak, persekitaran sosial dan pendidikan yang pernah mereka terima sebelum ini.

"Kementerian akan menentukan sama ada kanak-kanak yang tercicir boleh kembali ke sekolah arus perdana bersama rakan-rakan mereka atau jika pengaturan alternatif diperlukan," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Guna kaedah 'Awake Craniotomy', tumor dalam otak warga emas berjaya dikeluarkan sambil tonton filem

BACA LAGI: Saringan kesihatan diperluas di pintu masuk sempadan elak penularan Mpox

Education Minister Fadhlina Sidek holds press conference on curriculum intervention. —LOW LAY PHON/The Star

Anak pengikut GISB akan dinilai sebelum memulakan persekolahan pada Oktober.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, penilaian yang dibuat akan mengambil kira pelbagai aspek termasuk pendidikan agama Islam, kemahiran literasi dan numerasi, pembangunan sosial, prestasi akademik dan perwatakan mereka secara keseluruhan.

Dalam pada itu, Fadhlina juga memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan garis panduan berhubung rakaman dan posting gambar pelajar di media sosial yang dilakukan oleh warga pendidik.

"Kami telah memberi amaran kepada guru untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum mencipta sebarang kandungan yang digunakan di media sosial.

"Saya harap garis panduan ini dipatuhi sepenuhnya oleh semua warga pendidik," tegasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram