SATU program khas bakal dilaksanakan hujung 2024 ini bagi membantu pelajar yang tercicir atau tidak berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat Tingkatan Empat untuk memasuki kursus Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek bagi memastikan ujian khas bukan bertulis itu dapat dilaksanakan menjelang akhir 2024 ini.
Beliau berkata, ia juga merupakan usaha kerajaan untuk memberi peluang kepada para pelajar yang tidak mempunyai Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
BACA LAGI: Berani tonjolkan diri, ibu tak pernah berhenti buka jalan Zaza kembangkan bakat atas pentas
Ahmad Zahid menjelaskan ia merupakan usaha kerajaan bagi menangani isu keciciran pelajar. — The Star
Katanya, melalui ekosistem TVET, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 1 dan 2 mempunyai taraf sama dengan SPM, dan SKM 3, 4 dan 5 untuk diploma.
"Jangan fikir tanpa SPM (peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia), tiada masa depan.
"Kita mesti menyediakan ekosistem untuk pelajar ini. Negara memerlukan pekerja, malah syarikat yang melabur di negara ini juga memerlukan tenaga kerja dalam kalangan belia," katanya.
Ahmad Zahid berkata, beliau juga akan berbincang dengan ketua masyarakat India termasuk Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran untuk mencari cara menggalakkan golongan muda mengambil SKM yang boleh membuka ruang kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tanpa memerlukan SPM.
Sementara itu, KPM sebelum ini turut memberitahu bahawa sebuah program intervensi akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah keciciran murid pada 27 September nanti.
Kementerian itu pada masa sama komited memberi akses pendidikan secara meluas kepada seluruh rakyat Malaysia melalui usaha tersebut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram