
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah merampas pelbagai jenis barangan daripada Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) semasa Op Global, termasuk wang tunai hampir RM900,000; haiwan termasuk kuda, arnab dan burung merak, serta pelbagai kenderaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebanyak 138 akaun bank GSIB dengan dana berjumlah RM882,795 dibekukan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
BACA LAGI: Kanak-kanak, wanita antara lebih 10 individu diperiksa dalam serbuan di pusat komersial GISB Rawang
"Sebanyak 15 akaun lain telah ditutup. Ia adalah sebahagian daripada siasatan kami dalam Op Global," katanya.
Tambahnya lagi, pihak berkuasa juga turut merampas 38 kereta bernilai kira-kira RM3.8 juta bersama 14 lot tanah.
Haiwan tersebut, antaranya enam ekor kuda dua ekor kuda padi dengan salah satunya bunting, dibawa keluar dari kawasan itu kira-kira pukul 7 petang pada Isnin. — Astro Awani
“Sebanyak 26 haiwan termasuk sembilan kuda, 14 arnab dan tiga burung merak turut dirampas.
“Dua jam tangan bernilai RM600 dan wang tunai RM18,650 turut dirampas,” jelasnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram