Risau keselamatan warga emas, ruang parkir diperlukan di Jalan Kepong Baru


  • Massa
  • Sabtu, 21 Sep 2024

Poh Ping (tengah) dan pegawai DBKL cawangan Kepong membincangkan untuk membaiki ruang letak kereta di sepanjang Jalan Kepong Baru.

PAGAR yang baru dipasang di sepanjang Jalan Kepong Baru dikenali sebagai 'wai sek kai' di Kuala Lumpur telah menimbulkan lebih banyak masalah daripada penyelesaian kepada peniaga.

Antara isunya ialah pelanggan menghadapi kesukaran untuk mengakses gerai makanan susulan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan pengunjung untuk parkir di jalan berhampiran kawasan itu, atas faktor keselamatan.

Aktivis masyarakat, Yee Poh Ping menggesa DBKL untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka dan membenarkan parkir di kawasan gerai makanan yang popular itu.

BACA LAGI: Trump terselamat cubaan bunuh kali kedua, suspek tunggu di padang golf sebelum dicekup FBI

BACA LAGI: Tiada alasan luar biasa, mahkamah tolak jaminan pegawai polis didakwa bunuh pelajar

Menurutnya, pelanggan khususnya golongan warga emas kini terpaksa meletak kenderaan jauh dan berjalan kaki ke tempat berkenaan dengan mereka terpaksa melintas jalan yang sibuk.

“Kawasan itu dahulunya sibuk tetapi kini dengan langkah keselamatan baharu, ia semakin kurang meriah dengan kunjungan daripada pelanggan.

"Selain itu, larangan berkenaan juga menyaksikan ia menjadi jalan yang tidak selamat untuk warga emas kerana perlu meletak kenderaan jauh.

“Saya berharap DBKL akan melaksanakan alternatif untuk membuat tempat letak kereta di hadapan gerai supaya warga emas mendapat akses yang lebih selamat (ke gerai tersebut),” katanya.

Poh Ping mencadangkan agar DBKL mempunyai dua tempat letak kereta di Jalan Antoi 3 berhampiran.

Bukan itu sahaja, aktivis berkenaan juga mencadangkan pembinaan bonggol jalan bertujuan untuk mengawal dan memperlahankan kelajuan kenderaan di kawasan-kawasan sepanjang Jalan Kepong Baru.

isi dalam kepong

Pagar baharu di sepanjang Jalan Kepong Baru mengurangkan akses pelanggan kepada perniagaan.

Aktivis itu menegaskan bahawa, kedua-dua keselamatan pengguna jalan raya dan mata pencarian penjaja perlu diambil kira.

“Dengan langkah keselamatan yang sewajarnya, saya percaya kebimbangan mengenai titik buta di persimpangan berhampiran dapat diselesaikan.

"Kami mahu memastikan kepentingan kedua-dua vendor dan pengguna jalan raya dilindungi," jelasnya.

Dalam pada itu, pegawai DBKL cawangan Kepong menyatakan bahawa mereka akan mengkaji semula keadaan dan bertemu dengan penjaja dan anggota masyarakat, untuk membincangkan kemungkinan penyelesaian.

Peniaga gerai buah, Lew Kok Wei, 52, berkata, perniagaannya merosot sebanyak 50 peratus atau 60 peratus kerana kekurangan tempat letak kereta.

“Sangat menyusahkan pelanggan untuk berhenti, walaupun untuk beberapa minit.

"Apabila mereka meletak kereta buat sementara waktu, kereta yang lalu lalang membunyikan hon kepada mereka," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram