Bermula seluas 3 meter, penduduk Taman Perwira Gombak kini boleh buka pasar minggu jual hasil 'Garden 8'


  • Bizz
  • Sabtu, 21 Sep 2024

Kumpulan penduduk yang menjadi tulang belakang kepada kebun komuniti di lorong belakang Taman Perwira sedang berjualan di pasar minggu yang dianjurkan mereka.

BAGI penduduk di rumah teres satu tingkat Jalan Berlian, Taman Perwira, Gombak, Selangor, keperluan untuk mendapatkan sayur bukanlah satu kerisauan buat mereka.

Sejak tiga tahun lalu, mereka tidak lagi perlu bersusah payah keluar ke kedai untuk membeli makanan keperluan tersebut.

Ini kerana dengan mudah boleh memperolehinya daripada kebun komuniti yang dibangunkan di sepanjang belakang lorong rumah mereka.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Pada awalnya, idea untuk mengubah kawasan yang dahulunya terbiar, dipenuhi rumpai itu bermula pada Mac 2020 apabila penduduk beralih kepada aktiviti berkebun sebagai cara untuk menghilangkan tekanan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, hanya dalam tempoh lima bulan, aktiviti tersebut telah meluas dari kawasan kediaman masing-masing ke lorong belakang kawasan berkenaan.

“Kami kawan baik, jadi apabila semua orang berkebun di lorong belakang, kami menggunakan masa untuk berbual.

“Begitulah tercetusnya idea untuk mengubah tempat itu menjadi tempat percutian hijau,” kongsi penduduk, Iqmal Fajri Danial dan isterinya, Aida Haniza Adam.

Fasa pertama projek kebun komuniti itu menyaksikan lapan buah rumah bersetuju dengan rancangan untuk menyediakan laluan berturap, kotak penanam dan sistem penuaian air hujan yang dipasang di setiap rumah.

The idea to transform the back lane of Jalan Berlian in Taman Perwira, Gombak, into a green retreat came about during the movement control order said residents Iqmal Fajri Danial (l) and his wife Aida Haniza Adam (r), both 54.

Iqmal Fajri dan Aida Haniza berkata penduduk memutuskan untuk menukar lorong belakang mereka pada 2020.

Pembinaan tersebut bermula selepas mereka mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Selayang.

Projek itu kemudiannya mendapat sokongan daripada Orang Besar Daerah Gombak, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh, yang turut menyumbang dana untuk melaksanakannya.

Tertarik dengan hasil awal yang diperolehi, projek berkenaan kemudiannya turut disertai beberapa lagi penduduk di kejiranan itu sehingga melibatkan sekurang-kurangnya 33 isi rumah.

Bermula dengan kawasan selebar 3 meter(m), kawasan kebun terbabit kemudiannya berkembang sehingga menjadi sepanjang 130m.

“Secara purata, setiap rumah menyumbang kira-kira RM2,000 untuk kerja pembinaan,” kata Iqmal Fajri.

Untuk mematuhi garis panduan sedia ada, penduduk turut berhati-hati dengan hanya memilih tanaman yang tidak melebihi 1m tinggi.

PHOTOPLAY Pixplay assignment suggestion for June 30. In addition to the Sunday market on June 30, pixman can take photos of the back lane gardens.  — AZLINA ABDULLAH/The Star

Keadaan terkini kebun komuniti di Jalan Berlian, Taman Perwira, Gombak, Selangor selepas tiga tahun diusahakan penduduk.

Antara hasil tanaman utama yang diperolehi di kebun komuniti tersebut adalah cendawan tiram, kubis, bayam air, terung, bendi, peria dan kacang panjang.

Terdapat kira-kira 100 spesies sayur-sayuran dan herba yang ditanam di sepanjang kawasan itu.

“Bayam mengambil masa kira-kira sebulan (dituai). Kubis mengambil masa paling lama iaitu selama empat bulan," kata Iqmal Fajri.

Kejayaan Jalan Berlian turut memberi inspirasi kepada penduduk lain yang tinggal di kawasan perumahan sama.

“Penduduk dari empat kawasan telah menyatakan minat untuk meniru apa yang telah kami lakukan.

“Badan Kebajikan Perwira Setia Indah Gombak, sebuah pertubuhan komuniti, telah dilantik untuk meneliti perkara ini,” kata Iqmal Fajri.

Beliau berharap usaha penduduk ke arah sara diri akan menyaksikan mereka menanam karbohidrat sendiri seperti kentang dan penanaman ikan sebagai sumber protein pada masa hadapan.

Hasil tanaman kini dijual di pasar minggu

PHOTOPLAY Pixplay assignment suggestion for June 30. In addition to the Sunday market on June 30, pixman can take photos of the back lane gardens.  — AZLINA ABDULLAH/The Star

Pelawat mengambil gambar di gerbang pintu masuk Garden 8.

Selepas tiga tahun, projek kebun komuniti tersebut yang kini dikenali sebagai 'Garden 8' terus menjadi kebanggaan penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Melalui taman komuniti contoh tersebut, kumpulan penduduk yang terdiri daripada kira-kira 47 isi rumah membuktikan bahawa banyak perkara boleh dicapai dalam ruang berkebun yang kecil.

Malah, penduduk kini turut menganjurkan pasar minggu pada hari Ahad terakhir setiap bulan untuk menjual makanan dan hasil kebun dari pukul 8 pagi hingga tengah hari.

Keuntungan hasil jualan di pasar berkenaan disalurkan semula ke dalam projek kebun komuniti terbabit.

'Garden 8' turut dibuka dan menerima kunjungan orang ramai terutamanya anak muda yang mahu mempelajari mengenai penghasilan sumber makanan. — The Star/GRACE CHEN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram