[VIDEO] Air pasang besar punca beberapa jalan utama di Teluk Intan, Bagan Datuk terputus


  • Massa
  • Jumaat, 20 Sep 2024

Beberapa jalan utama di pekan Teluk Intan terputus akibat banjir. — Orang awam

FENOMENA air pasang besar yang mencetuskan banjir menyebabkan beberapa jalan utama di pekan Teluk Intan dan Bagan Datuk terputus.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, tinjauan sekitar pukul 7 pagi Jumaat mendapati terdapat lima kawasan di Teluk Intan dinaiki air dengan ketinggian kira-kira 0.28 meter (m) sehingga mengakibatkan lebih 20 rumah terjejas.

Tambahnya lagi, antara kawasan yang terjejas adalah di Jalan Mak Intan, Kampung Esso, Batu 2 1/2 Kampung Jeti Pak Ali, Lorong Kalat Lorong Pinang, Jalan Maharajalela dan Batu 5 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang.

BACA LAGI: Gaya hidup 'tak mahu miliki anak' risiko dedah wanita kepada kanser payudara

BACA LAGI: Norehan 'tak kosong', kaki motor pernah kena paksa buka tudung, kongsi perlu arif jalan sebelum 'ride' di negara orang

"Selain itu, empat jalan utama di kawasan Teluk Intan dilaporkan terputus membabitkan KM 1, Jalan Maharajalela Dekat Sungai Pak Kalong, Jalan Pasar, Selekoh Taisan Batu 5 dan Jambatan Batu 5," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, di kawasan Bagan Datuk, empat rumah yang terletak di Kampung Sungai Dulang dan Kampung Tanah Lalang turut dinaiki air.

"Berlaku fenomena air pasang besar bermula pukul 5.25 pagi dilaporkan sedalam 3.5m.

"Bagaimanapun, keadaan air pasang dan ombak kini terkawal serta air sungai mulai surut," katanya.

Dalam pada itu, APM memaklumkan bahawa tiada keperluan pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) buat masa sekarang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram