Cuba rasuah polis bantuan RM500 di George Town sebab tiada permit kerja, 2 sub kontraktor warga asing direman


  • 112
  • Khamis, 19 Sep 2024

DUA warga Myanmar direman selama lima hari bermula Khamis bagi membantu siasatan berhubung rasuah RM500 kepada seorang anggota polis bantuan.

DUA warga Myanmar direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah RM500 kepada seorang anggota polis bantuan.

Tertuduh berusia 31 dan 53 tahun itu, yang cuba menyembunyikan muka mereka dengan pakaian tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga akan direman sehingga Isnin.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang pada Khamis.

BACA LAGI: [VIDEO] Terbayang tsunami 2004, peniaga P. Pinang tak berdaya restoran lebih 20 tahun musnah dipukul ombak ganas depan mata

BACA LAGI: [VIDEO] Hari kedua berturut-turut alat komunikasi meletup di Lubnan, kali ini di majlis pengebumian

Kedua-dua suspek yang merupakan sub kontraktor itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 3 petang Rabu.

Menurut SPRM, kedua-dua lelaki itu didakwa tidak mempunyai lesen untuk bekerja sebagai sub kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pemasangan penapis air.

“Mereka didakwa memberi rasuah kepada anggota polis bantuan itu berjumlah RM500 untuk melepaskan pekerja mereka yang mempunyai permit kerja di negeri lain.

"Pekerja mereka mempunyai kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) palsu yang tidak membenarkan mereka memasuki tapak projek," kata wakil SPRM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. The Star/N. TRISHA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram