[VIDEO] Terbayang tsunami 2004, peniaga P. Pinang tak berdaya restoran lebih 20 tahun musnah dipukul ombak ganas depan mata


  • Massa
  • Khamis, 19 Sep 2024

Sebuah restoran di Pantai Bersih hanyut dilambung ombak pada Rabu.

MEREKA tidak dapat berbuat apa-apa selain menatap dengan tidak berdaya ketika ombak ganas menghentam restoran tepi pantai yang terletak di Pantai Bersih, Pulau Pinang.

Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan situasi beberapa pekerja yang cuba menyelamatkan apa sahaja yang semampunya sewaktu mengharungi ombak yang menenggelamkan kedai makan.

Seorang pemilik restoran cuba menghalang kedai makannya dengan menggunakan beg pasir, namun, ombak tetap menghanyutkannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Hari kedua berturut-turut alat kelui meletup di Lubnan, kali ini di majlis pengebumian

BACA LAGI: Sindrom pasca denggi umpama tsunami, pesakit berisiko hidap radang kronik, perlu rawatan dan penjagaan rapi

Restoran-restoran di kawasan berkenaan telah beroperasi sejak turun-temurun dan pengusaha mereka menganggap mereka sudah kenal lama dengan laut.

Tetapi alam semula jadi jelas memiliki cara tersendiri.

Sejak Selasa, pemilik dan pekerja restoran Pantai Bersih hanya mampu melihat air pasang memusnahkan lantai konkrit dan sambungan pinggir laut serta merosakkan dapur mereka.

Sekurang-kurangnya enam daripada pengendali restoran terbesar mengalami kerosakan teruk di premis mereka, manakala berpuluh-puluh struktur kecil hilang dibawa ombak.

Tinjauan The Star ke atas kawasan itu pada Rabu mendapati pembersihan masih belum dapat dilakukan kerana ombak yang masih menghempas restoran.

Antara yang paling teruk terjejas adalah restoran yang beroperasi di Pantai Bersih.

Titik tertinggi air pasang dicatatkan 2.4 meter (m) pada Selasa, 2.6m (Rabu) dan dijangka mencecah 2.7m pada Khamis dan Jumaat.

Chiou Ah Chong, 61, yang telah mengusahakan restorannya di kawasan itu selama lebih 20 tahun berkata, kemusnahan baru-baru ini melebihi tahap yang pernah dialaminya.

Tujuh tahun lepas, tragedi ombak besar atau tsunami yang berlaku pastinya masih segar dalam ingatan mangsa yang berada di Pulau Pinang.

“Perniagaan ini bermula dari kecil dan apabila semakin berkembang, kami memastikan lantai kami diperkukuh dengan konkrit kerana kami tahu betapa ganasnya ombak.

"Namun ia masih belum cukup kukuh untuk menahan hentaman badai," katanya pada Rabu.

Restorannya dahulu mempunyai 60 buah meja, namun kini semua itu lesap begitu sahaja.

Sebahagian bumbung kedai makan itu turut runtuh kerana tiang-tiangnya patah apabila lantai konkrit bergoyang akibat dipukul ombak yang berterusan. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram