Peronda polis jumpa mayat pengawal keselamatan dalam but kereta, ada kesan cedera dipercayai dibunuh di Sabak Bernam


  • 112
  • Selasa, 17 Sep 2024

Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam but kereta jenis Proton Saga BLM yang diparkir di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama pada Isnin.

MAYAT seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam but kereta jenis Proton Saga BLM yang diparkir di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama dekat Sabak Bernam, Selangor pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta berkata, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) memaklumkan terjumpa kereta Proton Saga BLM itu di tepi jalan pada pukul 6.04 petang.

"Hasil pemeriksaan menemui lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam but kereta.

BACA LAGI : 'Menyerahlah yob', pengganas Al-Maunah minta izin mandi dulu sebelum serah diri

BACA LAGI : Terpaksa menyelam seawal Subuh di Semporna, kesan tapak kaki dekat dinding jerat penjenayah 'wanted' di P.Pinang

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa cedera pada bahagian anggota badan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Robin lagi, pemeriksaan pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan ada unsur jenayah menyebabkan kematian.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.

"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 03-32242222," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram