BEKAS Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim menepis dakwaan kononnya dia sudah meninggal dunia sambil menegaskan dirinya masih hidup dan sihat sedia kala.
Menurut kenyataan daripada Sedani Innovator Bhd pada Isnin, syarikat menepis laporan di media sosial berkaitan kesihatan Abdul Halim yang juga merupakan Pengerusi Sedania.
Abdul Halim juga secara peribadi meluahkan rasa syukur terhadap kata-kata dan doa yang diterimanya dengan menegaskan berita tular itu perlu diberikan perhatian.
BACA LAGI: Pegawai TLDM nafi duduk atas perut, berkali-kali tampar Soosaimanicckam
BACA LAGI: Modal mula hanya RM400, anak Baling bina Adam Tyres sehingga bergelar jutawan
"Saya masih sihat dan hidup lagi. Bagaimanapun, berita tidak sahih itu sudah menyebabkan perasaan panik dan kegusaran terhadap keluarga dan mereka yang dekat dengan saya.
"Sejak malam semalam (Ahad), saya sudah menerima panggilan yang hanya meningkatkan rasa bimbang," katanya menerusi satu kenyataan.
Abdul Halim turut berkongsi bahawa dia masih meluangkan masa pada awal pagi dengan berjalan-jalan, termasuk pada Isnin.
Sedania menegaskan laporan polis sudah dibuat selain mereka juga sedang menyiapkan aduan terhadap Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC).
Mereka juga berharap pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu atau kumpulan yang menyebabkan laporan palsu itu.
"Kesemua berita tidak sahih ini hanya mengakibatkan ketakutan dan kecelaruan. Saya percaya pihak atasan akan mencari mereka yang terlibat," kata Abdul Halim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram