Penghuni bimbang risiko kediaman dihempap pokok tumbang di Wangsa Maju


  • Massa
  • Isnin, 16 Sep 2024

Blok E Flat Seksyen 2 Wangsa Maju berisiko ditimpa pokok tumbang.

PENDUDUK Flat Seksyen 2 di Bandar Baru Wangsa Maju, Kuala Lumpur, menyatakan kebimbangan berkenaan risiko pokok tumbang di blok kediaman mereka.

Penduduk menggesa agar pokok-pokok berhampiran blok E itu ditebang bagi mengelak berlakunya sebarang kemungkinan kemalangan.

Rata-rata penduduk khuatir pokok-pokok yang tumbuh terlalu dekat dengan bangunan lima tingkat itu mungkin akan tumbang semasa hujan lebat atau angin kencang, sekali gus menimbulkan risiko serius kepada nyawa dan harta benda.

Untuk rekod, Blok E1 hingga Blok E12 di flat berkenaan diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan Seroja.

Sementara itu, Bendahari Perbadanan Pengurusan Seroja, Lim Cheng Hock berkata, selain daripada kebimbangan terhadap risiko pokok tumbang, mereka juga risau tentang akar pokok yang boleh merosakkan saliran konkrit.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

“Ranting pokok kadangkala jatuh ke atas bumbung dan merosakkan kenderaan.

“Jika pokok tumbang ke atas blok kediaman, ia akan menjadi bencana kerana pokok-pokok ini sangat besar," katanya.

Lim berkata, akar pokok mengakibatkan kerosakan ketara pada saliran di beberapa lokasi berhampiran.

“Akar-akar pokok menembusi permukaan jalan dan merosakkan saliran konkrit.

“Walaupun belum ada kejadian pokok tumbang di kawasan ini, kami tidak mahu menunggu perkara itu berlaku,” tambahnya.

Flat Seksyen 2 Wangsa Maju terdiri daripada 113 blok kediaman dengan 3,400 unit, menempatkan kira-kira 15,000 penduduk dan 12 blok unit kediaman di Blok E terdedah dengan risiko kejadian pokok tumbang.

Lim says tree branches have fallen onto car roofs, damaging vehicles they land on.

Bendahari Perbadanan Pengurusan Seroja, Lim Cheng Hock.

“Pokok-pokok itu betul-betul sebelah bangunan dan ada beberapa lagi pokok di kawasan tengah-tengah tempat letak kereta.

“Kami berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat mengenal pasti pokok-pokok yang berisiko dan mengambil tindakan segera,” katanya.

Lim turut menyentuh berkenaan pengubahsuaian haram dan sampah yang tidak dikutip di kawasan tersebut.

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai berkata, pokok-pokok yang terlalu besar bukan sahaja menjejaskan Wangsa Maju tetapi juga kawasan kediaman lain di Kuala Lumpur.

“Kumpulan komuniti seperti ini memerlukan bantuan dan kepakaran pihak berkuasa tempatan untuk menangani isu-isu ini.

“Saya akan bercakap mengenai perkara ini dengan jabatan berkaitan di DBKL untuk mencari penyelesaian dan melihat jika gotong-royong dapat dianjurkan di sini," ujarnya. — The Star / JAROD LIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram