[VIDEO] Niat nak keluar kereta sarung baju hujan, wanita cedera parah kena hempap dahan pokok


  • Benua
  • Khamis, 05 Sep 2024

Seorang wanita cedera selepas dihempap dahan pokok yang jatuh dari ketinggian 10 meter di Bandaraya Ho Chi Minh, Hanoi, Vietnam pada Rabu.

MALANG tak berbau, seorang wanita cedera parah akibat dihempap pokok dalam kejadian di Bandaraya Ho Chi Minh, Hanoi, Vietnam pada 3 petang Rabu.

Difahamkan, ketika itu, hujan lebat yang disertai ribut petir menyebabkan beberapa jalan dinaiki sedikit air serta banyak pokok lama turut tumbang.

Pada awalnya, wanita berkenaan dikatakan memberhentikan keretanya kerana ingin memakai baju hujan.

BACA LAGI: [VIDEO] Kononnya diajak tonton kuda kepang, remaja perempuan maut kena cekik sebelum mayat dibuang berhampiran kubur

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi cubaan lari penjara terbesar di benua Afrika, lebih 129 terbunuh

Namun, secara tiba-tiba, dahan sebuah pokok hijau di Jalan An Duong Vuong, Quan 5 dalam ketinggian 10 meter terjatuh lalu menghempapnya.

Susulan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Selain mangsa, keretanya yang berhampiran kejadian juga dihempap dahan pokok.

Selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu, pihak berkuasa Quan 5, Bandaraya Ho Chi Minh segera tiba bagi mengawal lalu lintas dan meneliti kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, pokok yang tumbang itu turut mengakibatkan bekalan elektrik di seluruh kawasan terputus. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram