Serban jadi penyelamat nyawa ketika bertempur dengan komunis


  • 112
  • Khamis, 12 Sep 2024

Mukhtiar (gambar kecil) bersama platunnya ketika Darurat Malaya yang pertama (berdiri keempat dari kiri).

RIBUAN rakyat Malaysia telah berkhidmat dalam pelbagai cara untuk menjaga keselamatan negara, terutamanya semasa pemberontakan komunis pada suatu ketika dahulu.

Lebih daripada 500 anggota tentera dan 1,300 anggota polis terkorban semasa Darurat Tanah Melayu (1948-1960) dan seramai 155 lagi anggota pasukan keselamatan terkorban semasa pemberontakan kedua dari tahun 1968 hingga 1989.

Selain daripada tentera, ada juga orang awam yang direkrut dalam Pasukan Home Guard, Border Scouts, Jungle Squad (kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am) dan Pasukan Simpanan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

BACA LAGI: Francis Chai 'Crocodile Hunter' tanpa senapang, sentiasa hormati 'Bujang Senang'

BACA LAGI: Hanya tulang 'terbaring' di tilam, rangka warga emas ditemui dipercayai meninggal dunia 4 tahun lalu

Keberanian yang dilupakan

Menurut Persatuan Bekas Polis Malaysia, ramai dalam kalangan pejuang keselamatan negara ini adalah wira-wira yang dilupakan dan tidak mendapat penghargaan atas pengorbanan mereka.

Antaranya ialah Kapten Mukhtiar Singh, yang pada mulanya direkrut sebagai konstabel khas ketika usianya baru 16 tahun, susulan bermulanya Darurat Tanah Melayu.

Mukhtiar dilantik sebagai inspektor sementara pada tahun 1954. Semasa darurat berlakunya kali yang pertama, platun Mukhtiar berjaya menangkap 18 pengganas komunis, dan yang menakjubkan, Mukhtiar tidak pernah cedera.

Mengimbau kembali banyak detik mencemaskan sehingga hampir hilang nyawa ketika operasi, Mukhtiar memaklumkan dia pernah ditembak seorang pengganas ketika bertugas.

Namun dia bernasib baik kerana tembakan pengganas itu tidak hanya terkena serbannya sehingga jatuh.

Beliau turut berkongsi kisah bersemuka dengan dua pemberontak, yang mana beliau berjaya membunuh salah seorang daripada mereka dan mencederakan seorang lagi.

Pemberontak yang cedera itu kemudian menyerah diri dan memberikan maklumat risikan penting yang membawa kepada penangkapan empat lagi pemberontak.

Mukhtiar terkenal kerana peranannya dalam membantu menjadikan Selangor bebas komunis apabila dia dan kumpulannya berjaya menangkap empat pengganas komunis terakhir yang bersembunyi di Selangor pada 1959.

Atas jasanya dalam 'membersihkan' Selangor daripada ancaman komunis, beliau diiktiraf dalam satu perbarisan khas yang diadakan untuk menandakan berakhirnya ancaman komunis di negeri itu.

Selepas berkhidmat dengan pasukan polis selama 12 tahun, beliau Kor Polis Tentera Diraja yang mana beliau telah berkhidmat selama 17 tahun.

Namun begitu, Mukhtiar tidak menerima pencen dan pengiktirafan yang sewajarnya atas jasanya itu. Beliau meninggal dunia pada 23 April tahun ini.

2887779

Kehebatan Mukhtiar menentang komunis pernah disiarkan di akhbar The Star. — The Star

Memperjuangkan hak veteran

Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bekas Polis Malaysia, Datuk Basant Singh Sidhu berkata, terdapat ramai lagi veteran seperti Mukhtiar yang layak menerima pengiktirafan dan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) atas perkhidmatan dan kesetiaan mereka kepada negara.

Pingat PJPN diperkenalkan pada tahun 2014 sebagai tanda pengiktirafan terhadap pengorbanan, keberanian dan sumbangan anggota polis yang berkhidmat semasa tempoh Darurat.

Susulan itu, Basant berkata, pihaknya kini memperjuangkan hak agar semua veteran polis yang berkhidmat semasa Darurat diiktiraf.

Mereka juga sedang membantu veteran atau keluarga mereka untuk memproses permohonan PJPN, dengan 30 permohonan telah dikemukakan kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur setakat ini.

“Ada veteran yang tidak sedar bahawa mereka layak, manakala yang lain mungkin tidak tahu bagaimana untuk memohon pingat tersebut,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Datuk Mokhtar Omar, yang berkhidmat dalam pasukan polis selama lebih 20 tahun berkata, PJPN harus diberikan kepada semua wira yang dilupakan.

“Pingat ini menghormati pengorbanan mereka kerana mereka telah mempertaruhkan nyawa untuk negara.

“Ia bukan satu perkara yang mudah dilakukan,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram