SEBUAH jambatan dengan laluan sibuk di utara Vietnam runtuh pada Isnin selepas dilanda Taufan Yagi, yang telah meragut lebih daripada 60 nyawa sejak Sabtu.
Tragedi mencemaskan itu turut dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Melalui video yang dikongsikan semula pada hari yang sama itu memaparkan Jambatan Phong Chau di wilayah Phu Tho, utara Vietnam tiba-tiba runtuh.
BACA LAGI: Francis Chai 'Crocodile Hunter' tanpa senapang, sentiasa hormati 'Bujang Senang'
BACA LAGI: 'Uncle masih ingat saya?', bekas polis Sandakan sebak ditegur mangsa nahas 31 tahun lepas
Runtuhan itu juga sekali gus menyebabkan beberapa kenderaan jatuh ke dalam sungai.
Memetik laporan media antarabangsa, 13 mangsa masih lagi hilang dalam kejadian tersebut.
Pada masa sama, agak sukar untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) ekoran daripada keadaan cuaca yang tidak menentu dan arus air sungai yang deras.
TRIGGER WARNING
Bridge collapsed in Vietnam pic.twitter.com/VZ5dU77HFU
— @ (@anthraxxx781) September 9, 2024
Hanya tiga mangsa berjaya diselamatkan setakat ini.
Seorang mangsa, Nguyen Minh Hai menceritakan kembali detik-detik cemas selepas dia terlibat dalam insiden yang hamper meragut nyawanya itu.
"Pada waktu kejadian, saya sedang menunggang motosikal dalam perjalanan ke rumah. Kejadian berlaku sekelip mata, saya sangat takut apabila saya jatuh.
"Saya hanya fikir mati sahaja pada waktu itu kerana saya tidak pandai berenang. Saya rasa saya baru sahaja terlepas daripada kematian," katanya.
Untuk rekod, Taufan Yagi yang melanda pantai timur laut Vietnam pada Sabtu itu bukan sahaja menyebabkan bekalan elektrik bagi berjuta isi rumah dan syarikat terputus tetapi turut menyebabkan bencana alam seperti banjir berlaku.
Bukan itu sahaja, rangkaian telekomunikasi dan elektrik di beberapa kawasan turut terputus sehingga aktiviti berkaitan ekonomi di pelbagai hab perkilangan terpaksa dihentikan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram