Hidup lebih bermakna jika terlibat aktiviti kreatif


  • Hobi
  • Ahad, 08 Sep 2024

Mereka yang memberikan kebebasan kepada diri mereka melalui kreativiti seperti lukisan, sulaman, tembikar atau aktiviti lain lebih merasakan bahawa hidup ini berbaloi

BUKAN mudah untuk berpuas hati dengan kehidupan yang kita jalani. Namun ada beberapa faktor yang boleh membantu untuk menjadi lebih bahagia dalam kehidupan seharian.

Malahan, ada kajian British yang diterbitkan dalam Jurnal Frontiers in Public Health melaporkan aktiviti kreatif boleh memberi kepuasan dalam kehidupan seperti mempunyai pekerjaan.

Penyelidik di Universiti Anglia Ruskin (ARU) mendapati bahawa kepuasan dalam hidup seseorang bukan sahaja bergantung kepada umur, tahap kesihatan atau taraf hidup, tetapi juga kebolehan untuk menjadi kreatif.

BACA LAGI: Otak boleh terjejas jika tiada matlamat hidup

BACA LAGI: Kerap ambil kafein undang risiko hipertensi, sakit jantung

Pihak penyelidik membuat kesimpulan ini selepas menggunakan data daripada tinjauan tahunan yang dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan British.

Tinjauan itu meliputi 7182 responden yang berumur 16 tahun ke atas, dan sebagai sebahagaian daripada tinjauan tersebut, responden diminta untuk menilai pelbagai aspek kesejahteraan mereka pada skala 10 mata.

Mereka juga diminta untuk menyatakan sama ada mereka mempraktikkan aktiviti kreatif (melukis, seramik dan lain-lain) dalam tempoh 12 bulan yang lalu - yang dilakukan oleh 37.4% daripada mereka.

close-up-woman-s-hand-knitting-with-crochet_23-2147875076-jpg-626×417-

Kepuasan dalam hidup seseorang bukan sahaja bergantung kepada umur, tahap kesihatan atau taraf hidup, tetapi juga kebolehan untuk menjadi kreatif. — Agensi

Ternyata mereka yang memberi kebebasan kepada kreativiti mereka melalui lukisan, sulaman, tembikar atau aktiviti lain itu lebih merasakan bahawa hidup ini berbaloi.

"Melibatkan diri dalam aktiviti kesenian dikaitkan dengan perasan yang merasakan hidup adalah bermakna, meningkatkan kepuasan hidup dan kebahagiaan.

"Kesan kesejahteraan muncul selepas kita mengambil kira perkara seperti status pekerjaan. Nampaknya kerajinan boleh menyumbang positif kepada kesejahteraan di atas dan di luar aspek-aspek lain dalam hidup anda," kata Dr Helen Keyes, Ketua Pusat Pengajian Psikologi dan Sains Sukan di ARU, dipetik dalam siaran media.

Mengejutkan, penyelidik mendapati kepuasan hidup lebih kuat berkaitan dengan mempraktikkan aktiviti seni atau kraf berbanding dengan mempunyai pekerjaan.

"Kesan melakukan aktiviti seni lebih besar kesannya berbanding dengan impak berada dalam pekerjaan. Bukan sahaja memberi rasa pencapaian, ia juga laluan bermakna untuk ekspresi diri. Ini tidak selalu berlaku dengan pekerjaan," jelas Dr Helen Keyes.

Walaupun penyelidikkan ini tidak menyatakan aktiviti kreatif yang paling menyumbang kepada kesejahteraan individu, ia menunjukkan betapa pentingnya untuk memupuk kreativiti setiap hari. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram