Isu agama termasuk sijil halal di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja — Ahmad Zahid


  • Primer
  • Khamis, 12 Sep 2024

Cadangan mewajibkan sijil halal kepada premis makanan dikhuatiri akan membebankan pemilik dari segi kewangan.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kesemua hal berkaitan agama Islam, termasuk cadangan mewajibkan bagi premis makanan memohon sijil halal berada di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja.

Menurut beliau, pandangan Majlis Raja-Raja akan diketengahkan selepas laporan berhubung cadangan tersebut dibentangkan kepada mereka untuk mengetahui sama ada perkara itu bakal dilaksanakan atau tidak.

Zahid turut meminta kesemua pihak untuk kekal bertenang berhubung isu yang hangat diperkatakan itu sambil mengingatkan supaya ia tidak menjadi polemik perpecahan antara kaum.

BACA LAGI: Isu wang haram lagi penting dari sijil halal Jakim — Rafidah Aziz

BACA LAGI: Isu sijil halal: Bukit Aman rakam keterangan Teresa Kok pada Selasa

Deputy Prime Minister, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi delivered his opening speech during the International Legal Conference on Online Harms 2024 at Kuala Lumpur Convention Centre on September 05. —AZMAN GHANI/The Star

Zahid meminta orang ramai supaya kekal tenang atas isu tersebut.

Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah mengarahkan satu laporan penuh disediakan mengenai hal itu yang akan dibentangkan ke Jemaah Menteri minggu depan.

"Biarlah satu laporan lengkap diterbitkan dahulu dan beri peluang untuk Kabinet memahami proposal itu. Saya mengingatkan orang ramai supaya kekal bertenang," katanya pada Khamis.

Pada Rabu, jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar diberikan tanggungjawab untuk menyediakan laporan bagi meneliti proposal mengenai cadangan itu.

Menurutnya, isu berkenaan sudah dibincangkan ketika perjumpaan mingguan Jemaah Menteri, terutamanya dalam aspek pelaksanaan.

428681091_390695056996284_2388663355530257482_n

Kebijaksanaan Majlis Raja-Raja diperlukan bagi menyelesaikan perkara itu.

Awal September lalu, Mohd Na'im dilaporkan berkata, beberapa undang-undang perlu digubal untuk memastikan kesemua premis makanan dan restoran mematuhi cadangan permohonan sijil halal secara mandatori.

Ini selepas terdapat cadangan untuk kesemua premis yang tidak menghidangkan alkohol dan babi wajib memperolehi sijil tersebut dengan perkara itu menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan ahli politik dan komuniti.

Mereka yang terlibat dalam bidang penyediaan makanan dan minuman juga meluahkan kebimbangan atas perkara tersebut dengan kadar yuran tinggi serta peraturan ketat menjadi alasan masing-masing.

Perkara itu turut dibincangkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sehingga dia dipanggil pihak polis selepas kenyataan yang berasakan cadangan berkenaan membebankan pemilik perniagaan kecil dan sederhana menimbulkan kegusaran ramai. — The Star/MAZWIN NIK ANIS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram