Bekas pembantu PM Anwar tak mengaku disabitkan kesalahan seludup ganja, dakwa dianiaya


Muhammed Yusoff (tengah) ketika tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar dadah pada Khamis.

BEKAS pembantu penyelidik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther disabitkan bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan menyeludup ganja seberat 305 gram pada Khamis.

Lelaki berusia 31 tahun itu bagaimanapun mengakui tidak bersalah selain menegaskan dia hanya dianiaya oleh individu yang berkuasa.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dibacakan, Muhammed Yusoff didakwa mengedar dadah di hadapan sebuah kawasan lot parkir berhampiran surau ibu pejabat polis Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

BACA LAGI: Tiga sekawan ditahan 'kantoi' jual ganja di Telegram, guna kurier hantar tempahan

BACA LAGI: Ganja era 'Gen-Z' lebih bahaya, penagih sukar dikesan melalui vape

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 kali.

Muhammed Yusoff mengangguk menandakan dia memahami pertuduhan yang dihadapi selepas ia dibacakan di hadapan Majistret M.S Arunjothy.

Yusoff Rawther, former research assistant to DS Anwar Ibrahim arriving at the Jalan Duta court complex to be charged for possessing guns  drugs. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Yusoff (tengah) mengakui tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Dalam kes tersebut, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman sementara tertuduh diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 November depan untuk laporan kimia berhubung kes tersebut.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan penahanan Muhammed Yusoff berhubung penemuan dua pistol tiruan dan ganja.

Susulan itu beliau berkata, suspek ditahan reman selama enam hari sejak Sabtu lalu. — The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram