
POLIS mengesahkan kebenaran kes kematian seorang remaja berusia 14 tahun yang meninggal dunia sewaktu perlawanan bola sepak di padang Semenyih, Selangor.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mangsa rebah ketika bermain bola sepak pada Sabtu.
“Seorang jurulatih pasukan bola sepak membuat laporan kira-kira pukul 4.08 petang Sabtu berhubung kejadian itu.
“Siasatan mendapati mangsa rebah di atas padang pada separuh masa pertama perlawanan. Dia kemudian dibawa ke klinik berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Kajang.
“Dia meninggal dunia pada pukul 2.02 petang pada hari yang sama ketika menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA LAGI: [VIDEO] 18 maut 17 masih hilang, Ribut Tropika Enteng 'mengganas' di Manila
BACA LAGI: [VIDEO] Niat nak keluar kereta sarung baju hujan, wanita cedera parah kena hempap dahan pokok
Naazron berkata, bedah siasat mendapati mangsa mengalami komplikasi jantung dan juga menghidap asma.
“Kami mendapati dia menghidap asma sejak kecil. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Dalam pada itu, Naazron menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa agar menghantar anak mereka menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum membenarkan mereka menyertai sebarang aktiviti sukan atau pertandingan.
“Ini penting bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram