Polis terima 5 laporan isu pertikaian keperluan sijil halal


  • 112
  • Ahad, 08 Sep 2024

Peraturan wajib bagi kesemua premis makanan memperolehi sijil halal masih berada di peringkat cadangan oleh Jakim.

POLIS mengesahkan pihak mereka sudah menerima laporan berhubung kenyataan dikeluarkan Teresa Kok mengenai keperluan premis makanan tidak perlu memperolehi sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekiranya tidak menghidangkan alkohol atau babi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah menerima aduan mengenai kes itu dari seluruh negara.

"Kami sudah membuka siasatan di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 323 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) 1998.

BACA LAGI: Johnny's Restaurant, Dolly Dim Sum antara 5 restoran popular bukan pemegang sijil halal — Jakim

BACA LAGI: Jabatan Perikanan sahkan gegelang sotong tiada DNA babi

"Kami akan melakukan siasatan berdasarkan prosedur operasi standard berkaitan kes melibatkan isu 3R (agama, rajam, kaum)," katanya pada Ahad.

541441

Teresa Kok beranggapan restoran dan premis makanan akan terbeban bagi mendapatkan sijil halal.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati ketika membincangkan perkara itu sambil menyemai prinsip Rukun Negara dalam tutur kata masing-masing.

Sebelum ini, terdapat laporan Jakim akan mewajibkan kesemua restoran dan premis makanan untuk memiliki sijil halal meskipun tidak menghidangkan babi atau alkohol.

Cadangan itu ditolak Teres Kok yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh dengan berpendapat pensijilan itu akan membebani perniagaan kecil serta menyekat kebebasan pengguna.

Pada Selasa, Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, beberapa undang-undang perlu digubal sekiranya pensijilan halal itu diwajibkan Jakim.

Tambahnya, pelbagai agensi penguatkuasaan juga perlu terlibat bagi memastikan premis makanan mematuhi peraturan berkenaan. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram