PELAKON dan pengarah, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar disahkan bercerai talak satu pada Khamis.
Perkara itu disampaikan oleh Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib selepas berpuas hati dengan pengakuan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, selepas wujud pelanggaran taklik.
Memetik laporan Sinar Harian, peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Rais berkata, mahkamah mengesahkan berlakunya perlanggaran lafaz taklik selepas Ira mengakui membuat hantaran di media sosial.
BACA LAGI: Jodoh Syamsul-Puteri Sarah terlerai, sah cerai talak satu
BACA LAGI: [VIDEO] Terpalit kontroversi, nama Ira Kazar tertinggi dalam carian Google
Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
"Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali selepas membuat hantaran di media sosial dalam keadaan rela dan tanpa paksaan bermula 14 Ogos lalu.
"Tempoh idah Ira juga bermula pada tarikh pelanggaran taklik (14 Ogos lepas)," katanya pada Khamis.
Selain itu, peguam syarie, Muhammad Fadhil Abd Razak yang mewakili Ira berkata, mahkamah telah mendapati penceraian pasangan itu telah berlaku di luar mahkamah.
"Mahkamah telah mendapati penceraian telah berlaku antara pihak Syamsul dengan anak guam saya (Ira).
"Fokus kita adalah pengesahan lafaz cerai dan keterangan telah diambil dan keputusan sudah dibuat pada Khamis," jelas beliau.
Tambahnya, dengan keputusan mahkamah kes cerai kedua-dua mereka sudah selesai.
Terdahulu, pemilik nama sebenar Mohd Syamsul Mohd Yusof itu memfailkan perceraian ke atas Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, 19 Ogos lalu.
Sebelum ini, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Susulan itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram