DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan pembaharuan besar atau reformasi akan berlaku dalam perkhidmatan awam.
Menurut Perdana Menteri itu, walaupun beberapa bidang perkhidmatan yang disediakan oleh penjawat awam adalah memuaskan, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam beberapa sektor.
"Saya akan berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengenai langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi," katanya tanpa mengulas lanjut.
BACA LAGI : Dadah tak kenal mangsa, ayuh bangkit 'merdekakan' Malaysia
BACA LAGI : [VIDEO] Sanggup tinggalkan bayi baru lahir kerana dadah, nenek muda ingin rasai erti merdeka sebenar
Bercakap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pada Isnin, Anwar berkata, reformasi perlu dilakukan secepat mungkin, sambil menunjuk kepada beberapa perkara yang perlu diteliti.
Ini termasuk penggabungan beberapa jabatan dan agensi, pertindihan jawatan di kalangan pegawai dan laporan kecuaian dan prestasi rendah dalam kalangan penjawat awam.
“Pentadbiran yang saya terajui menuntut tadbir urus yang baik, ekonomi yang kukuh dan kesejahteraan rakyat. Ini mesti disampaikan,” katanya.
Anwar berkata, kepantasan dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan juga perlu dipertingkatkan dan mengikut permintaan orang ramai.
Seberapa pantas kami memberi respon pertanyaan awam dan surat-menyurat adalah penting. Kita mesti sentiasa mencari jalan supaya kita memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada rakyat,” tambahnya.
Perdana Menteri turut mengalu-alukan Ketua Setiausaha Negara yang baru dilantik Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dan menyeru penjawat awam bekerjasama dengan beliau.
“Banyak yang perlu kami lakukan terutama dalam meningkatkan prestasi. Sebab itu penting semua penjawat awam memberi kerjasama kepada KSN (ketua setiausaha kerajaan) yang baharu,” katanya.
Shamsul Azri dilantik ke jawatan itu pada 7 Ogos, menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang bersara pada 10 Ogos.
Figura berusia 55 tahun itu merupakan ketua pengarah Unit Perkongsian Awam-Swasta sebelum dilantik dan telah berkhidmat selama 30 tahun. — The Star/Mazwin Nik Anis
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram