
AGENSI Nuklear Malaysia dan pasukan teknikal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat berada di lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pasukan berkenaan membawa alat pengesan radar dipercayai bagi mengesan sebarang pergerakan di bawah tanah.
Alat sama pernah digunakan dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali pada 2022.
BACA LAGI: Kena 'pressure' turunkan hantaran FB, Zuckerberg kesal tak lantang hadapi tekanan Biden-Harris
BACA LAGI: PM Anwar arah DBKL jumpa keluarga mangsa terjerumus lubang gergasi dekat Masjid India
Segala usaha sudah dilakukan untuk mencari mangsa yang dilaporkan terjatuh ke dalam tanah jerlus sedalam lapan meter. — JBPM KL
Sebelum ini, Indah Water Konsortium (IWK) memulakan aktiviti 'jetting' iaitu penyemburan air bertekanan tinggi di lokasi kejadian tanah jerlus berhampiran Wisma Yakin di Masjid India pada Isnin malam.
Operasi yang bermula kira-kira pukul 9.15 malam Isnin membabitkan pasukan IWK bersama sebuah jentera air.
Pihak terlibat yang lain adalah pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang memasuki kawasan tanah jerlus bersama hos air.
Kawasan kejadian juga dikawal ketat anggota polis bagi mengelak orang awam melintasi garisan kuning yang dipasang sekeliling lokasi terbabit.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dilaporkan berkata, operasi pencarian mangsa tanah jerlus menggunakan 'jetter' di lokasi kejadian di Masjid India.
Menurutnya, teknik penyemburan air bertekanan tinggi itu dilakukan selepas mendapati terdapat objek atau serpihan yang menghalang laluan air di dalam lurang kumbahan.
Beliau berkata, operasi dijalankan sejak awal pagi Selasa secara berperingkat yang kini sudah memasuki operasi keempat dan dijangka berterusan sehingga objek berkenaan dapat dipecahkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram