
KERAJAAN akan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi Program Celik Kewangan Belia Madani, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, RM50 akan dikreditkan ke akaun pelajar universiti termasuk yang melanjutkan pelajaran di Institusi Vokasional yang nilainya dikunci bagi tempoh lima tahun.
"Sasaran untuk Celik Kewangan Belia Madani ialah 200,000 pelajar setiap tahun," katanya pada Khamis.
BACA LAGI: RM49,000 dimasukkan dalam akaun Wan Saiful sejak 2 tahun lalu
BACA LAGI: Wan Saiful tidak mengaku bersalah, minta dibicara lepas dituduh ubah wang haram RM5.59 juta
Anwar Ibrahim
Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024.
Katanya, inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan celik kewangan khususnya dalam kalangan pelajar dengan memastikan platform untuk melabur, menggalakkan membuat pelaburan pada usia muda sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Inisiatif itu juga diperkenalkan bersempena penjenamaan semula Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Seperti yang dinyatakan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum ini, 50 peratus daripada jumlah sumbangan RM50 kepada setiap pelajar adalah sumbangan daripada Kerajaan Malaysia, manakala baki RM25 pula ditaja oleh PNB dan syarikat korporat lain.
Sepanjang fasa ini, pelajar akan digalakkan untuk membuat simpanan berulang yang kecil setiap bulan untuk memupuk tabiat menabung.
Berdasarkan sumbangan nilai pelaburan percuma sebanyak RM50 dan dengan jangkaan pulangan dividen sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 5.5 peratus setahun.
Apabila pelajar membuat simpanan tambahan sebanyak RM20 sebulan selama empat tahun sepanjang tempoh pengajian dan nilai simpanan ditambah ke RM100 sebulan ketika mula bekerja, mereka juga akan memperoleh jumlah simpanan melebihi RM10,000 dalam tempoh 10 tahun sekiranya tiada pengeluaran dibuat. — The Star/WANI MUTHIAH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram