Insiden tembakan di tempat terbuka, polis ambil kira keselamatan orang awam — Saifuddin


  • Primer
  • Khamis, 22 Ogos 2024

Tangkap layar video tular memaparkan kejadian berbalas tembakan antara polis dan penjenayah di Bandar Sunway pada petang Selasa.

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa insiden berbalas tembakan antara polis dan penjenayah di Jalan PJS 9/1 Subang Jaya, Selangor Selasa lalu bukan satu tindakan melulu.

Beliau pada masa sama menegaskan, tindakan itu sudah diambil kira khususnya daripada aspek keselamatan orang awam dan sentiasa memastikan tahap profesionalisme yang tinggi ketika kejadian.

Mengulas lanjut, beliau membuktikan kecekapan anggota polis ketika menangkap suspek apabila tidak berlaku sebarang kecederaan melibatkan orang awam pada waktu itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Penjenayah terlibat kes samun bersenjata api maut berbalas tembakan dengan polis di Bandar Sunway

BACA LAGI: Bukit Aman siasat geng penjenayah terlibat insiden tembakan di Sunway urus hasil samun RM8 juta sejak 2018

Saifuddin berkata, sistem penggiliran akan dapat membantu kerajaan dalam mengurangkan risiko kesalahan disiplin.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mempertimbangkan usaha untuk melaksanakan penggiliran kakitangan membabitkan agensi kerajaan di bawah bidang kuasanya dengan lebih kerap.

Saifuddin berkata, walaupun berkali-kali memberi penegasan dalam menentang rasuah namun kes tersebut dilihat masih berlaku di negara ini.

Saifuddin berkata, pihaknya telah mengambil maklum saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar ketua jabatan agensi kerajaan melaksanakan penggiliran kakitangan secara berkala bagi mengelak kes salah laku dalam kalangan penjawat awam.

2869583

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis ‘revolver’ yang digunakan suspek sewaktu insiden tembakan. — The Star

Katanya, sistem penggiliran akan dapat membantu kerajaan dalam mengurangkan risiko kesalahan disiplin.

"Kita akan lihat aspek penempatan. Ia tidak bermakna pegawai yang berkhidmat lama di sebuah agensi terdedah kepada kes itu.

"Tetapi, ini adalah satu bentuk pentadbiran dan pengurusan," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian susulan penahanan lima pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa lalu selepas didapati terlibat dalam sindiket membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram