Tidak temui unsur jenayah, kes Nidza Afham kekal sebagai mati mengejut — Bukit Aman


  • 112
  • Rabu, 21 Ogos 2024

Tiada kecederaan fizikal ditemukan pada mayat Nidza Afham yang ditemukan di Jambatan Sungai Klang.

KEMATIAN penyanyi muda, Nidza Afham kekal dikelaskan sebagai mati mengejut selepas bedah siasatan dilakukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tiada sebarang unsur jenayah dapat dikesan pada mayat penyanyi berusia 23 tahun itu.

Shuhaily berkata, penemuan yang dijumpai adalah konsisten menyebabkan kematian Nidza kekal dianggap sebagai mati mengejut.

BACA LAGI: Tiada barangan milik Nidza Afham hilang — Polis Selangor

BACA LAGI: ‘Kami saksi mereka bahagia’, adik Allayarham Nidza Afham jawab dakwaan abang ada masalah hubungan dengan teman wanita

2861514

Nidza Afham dilaporkan hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor pada Selasa. — Bomba/ Media sosial

"Kes kematiannya kekal seperti yang diumumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, sebelum ini yang mengklasifikasikan kes sebagai Kematian Mengejut (SDR).

"JSJ masih meneruskan siasatan termasuk meneliti dan melawat semula lokasi kejadian sekiranya wujud unsur jenayah," kata Shuhaily pada Rabu.

Walaupun dikelaskan sebagai mati mengejut, tetapi Shuhaily berkata status itu boleh berubah seandainya mereka menemui penemuan baharu.

"Sekiranya ada petunjuk, kami akan mengumpul segala bukti dan mengklasifikasi semula kes berkenaan," jelasnya.

Sebelum ini, Nidza dilaporkan hilang ada 13 Ogos selepas keluar berjoging bersendiri di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 9 malam.

Dia kemudiannya ditemui tidak bernyawa di Sungai Klang pada 14 Ogos dengan telefon bimbit serta dompetnya dikesan dekat tepi Jambatan Sungai Klang. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram