'Kepalanya seperti dimasukkan cip', peguam Najib dakwa bekas pegawai korup kes 1MDB


Shafee mendakwa Amhari (gambar) merupakan pegawai yang korup. — The Star

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu diberitahu oleh peguam mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa mantan pegawai khas, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin adalah seorang penjawat awam korup.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan yang Amhari kemudiannya cuba mengaitkan Najib dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Shafee, dia mengatakan yang Amhari ada menerima pinjaman wang sebanyak AS$200,000 (RM876,000) daripada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low bagi membantunya membeli rumah bernilai RM1.85 juta pada 2010.

BACA LAGI: 1MDB: Najib tarik balik rayuan, singkirkan hakim kes perbicaraan dana RM2.28bilion

BACA LAGI: Bayaran hutang RM48 bilion 1MDB patut diguna untuk manfaat rakyat — PM Anwar

282169

Amhari dikatakan menerima 'pinjaman' bernilai lebih RM800,000 daripada Jho Low. — Agensi

"Kredibilitinya boleh diselamatkan jika kesalahannya dikaitkan dengan arahan atau kelulusan atasannya dan bukannya dengan motif rasuah peribadinya.

"Amhari Efendi datang sebagai saksi dengan kepalanya sudah diprogramkan, seperti ia dimasukkan dengan sebuah cip. Dia terpaksa menyatakan semua itu kerana telah menerima rasuah daripada Jho Low," kata Shafee.

Dalam pada itu, Shafee turut menegaskan Najib tidak terlibat dalam penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya dinamakan semula menjadi 1MDB.

Shafee mempersoal kehadiran Amhari pada mesyuarat tersebut, kerana jika dia benar hadir sebagai pegawai khas Najib, tiada sebarang rekod mengesahkan ia berlaku.

Sebagai rekod, Amhari sebelum ini pernah mengesahkan kehadirannya pada mesyuarat TIA itu pada 5 Mac 2009 dalam keterangan terdahulu. Ketika itu, dia hadir sebagai sekretariat.

Akan tetapi, Amhari gagal menyatakan sama ada minit mesyuarat itu berjaya dicatit olehnya atau tidak. — The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram