Umno pilih calon lelaki bertanding PRK Nenggiri, sedia umum lebih awal


  • Politik
  • Sabtu, 13 Jul 2024

Ahmad Zahid berkata, parti sudah mengenal pasti salah satu daripada tiga calon yang disenarai pendek Umno Kelantan.

CALON Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Neger (DUN) Nenggiri bakal diumumkan lebih awal.

Pengerusi BN merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Biro Politik parti sudah mengenal pasti salah satu daripada tiga calon yang disenarai pendek Umno Kelantan untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

BACA LAGI: Protes keluar Dewan ketika persidangan Parlimen budaya politik tak sihat

BACA LAGI: Enam MP bekas ahli BERSATU jadi wakil rakyat Bebas, kedudukan dalam Dewan Rakyat ditentukan Speaker

"Biro Politik sudah buat keputusan dan kita serahkan nama (calon yang dipilih) kepada Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan) untuk buat pengumuman awal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus di Kuala Nerus, Terengganu pada Sabtu.

445788844_1018276179660422_213558452101734361_n

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ahmad Zahid mendedahkan calon yang dipilih adalah seorang lelaki dan memaklumkan pengumuman mengenai perkara itu diserahkan kepada Ahmad Jazlan.

Pada Sabtu, Ahmad Jazlan berkata, pihaknya bercadang untuk mengumumkan calon PRK DUN Nenggiri lebih awal bagi memberi ruang kepada calon bertemu pengundi di kawasan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pilihan raya kecil DUN Nenggiri pada 17 Ogos, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi pilihan raya kecil itu masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Terdahulu, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi itu kosong berkuat kuasa 19 Jun berikutan penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim dipecat daripada keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas tindakannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram