DEWAN Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan pada Jumaat ini.
Ia selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menandatangani pengisytiharan pembubaran DUN Selangor di Istana Alam Shah, Selangor pada Isnin.
Pengisytiharan itu ditandatangani selepas pukul 10.00 pagi Isnin.
Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari sebelum itu menghadap Sultan Selangor sebelum pengisytiharan dibuat.
Pembubaran DUN Selangor penggal ke-14 itu akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) oleh Speaker DUN, Ng Suee Lim.
Susulan daripada itu, pilihan raya di negeri itu mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran dan pengundian mesti diadakan selewat-lewatnya pada 23 Ogos.
Dengan pembubaran itu, semua kerusi DUN di Selangor secara automatiknya akan dikosongkan.
Exco Selangor juga akan dibubarkan dengan Amirudin bakal memegang jawatan sebagai Menteri Besar sementara.
Selangor akan mengadakan pilihan raya bersama dengan Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan and Terengganu.
Dewan undangan negeri lain masih menunggu untuk dibubarkan.
Pembubaran DUN Selangor pada 23 Jun ini berlaku dua hari sebelum penggalnya tamat secara rasmi pada 25 Jun depan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram