DAKWAAN berhubung remaja perempuan yang menceroboh dan menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran adalah tidak benar, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Memetik laporan Buletin TV3, Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, remaja perempuan berusia 14 tahun terbabit hanya berkeliaran di dalam fasiliti hospital.
“Dia tidak mempunyai kemahiran dan penyamar itu memang bergerak ke sana sini dalam fasiliti,” katanya ketika mengulas dakwaan remaja berkenaan melakukan prosedur kesihatan kepada pesakit.
BACA LAGI: Bekas komando kongsi cara 'survive' dalam hutan, cuma berbekalkan 2 pek beras
BACA LAGI: Penculikan budak 6 tahun bukan secara rambang, polis dedah mangsa sudah lama diperhatikan
Timbalan Menteri KKM, Datuk Lukanisman Awang.
Isnin lalu, Polis mengesahkan remaja yang menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Serdang pernah menjalani rawatan psikiatri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, remaja itu menerima rawatan pada Mac lalu, namun tidak meneruskan rawatan susulan yang dijadualkan.
Sebelum ini, kejadian itu menyaksikan seorang remaja perempuan menyamar dengan memasuki ke dewan bedah.
Selepas berjaya ditahan, polis turut merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital yang digunakan remaja berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram