Ibu Sanusi ditidurkan di wad ICU, disyaki kena serangan jantung


  • Primer
  • Rabu, 14 Ogos 2024

Ibu Muhammad Sanusi dibawa ke Hospital Sik untuk pemeriksaan awal sebelum doktor memutuskan untuk memindahkannya ke HSB. — Facebook/Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA

IBU kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditidurkan selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah sejak Isnin.

Muhammad Sanusi berkata, ibunya, Meriam Ahmad, 74, ditidurkan sehari selepas ditahan wad, dipercayai mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik.

"Emak saya dibawa ke Hospital Sik untuk pemeriksaan awal sebelum doktor memutuskan untuk memindahkannya ke HSB pada hari sama (Isnin). Dia ditidurkan sebelum dibawa ke HSB dan kini ditempatkan di ICU," katanya.

BACA LAGI: Joe Biden tarik diri pertahan jawatan Presiden AS, beri sokongan kepada Kamala Harris

BACA LAGI: Kerajaan boleh bawa Singapura ke mahkamah timbang tara selesai perjanjian isu air

WhatsApp Image 2024-08-14 at 6.06.35 PM (2)

Muhammad Sanusi berkata, ibunya sudah mengalami komplikasi jantung sejak berbelas tahun lalu. — Facebook/Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA

Memetik laporan Berita Harian, ibu beliau sudah mengalami komplikasi jantung sejak berbelas tahun lalu dan kemungkinan dia mengalami serangan jantung malam tadi sebelum dikejarkan ke hospital.

Muhammad Sanusi berkata, doktor turut mengesahkan ibunya juga mengalami strok dan kini dalam pemantauan rapi pihak hospital.

"Saya doakan agar emak cepat sembuh dan kembali pulih," katanya.

Susulan keadaan kesihatan ibunya itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu terpaksa membatalkan kehadirannya ke Majlis Pemberian Bantuan Operasi dan Agihan Wakalah Zakat kepada Institusi Pendidikan Islam Negeri Kedah Darul Aman 2024 di Sungai Petani.

Ia kemudiannya digantikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Datuk Mohd. Azam Abdul Samat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram