SYARIKAT penerbangan negara, Malaysia Airlines memohon maaf susulan kelewatan penerbangan pesawat MH165 dari Doha ke Kuala Lumpur pada Isnin lalu yang membabitkan sekurang-kurangnya 30 penumpang rakyat Malaysia dan negara lain terkandas lebih 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Qatar.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Malaysia Airlines mengesahkan perkara itu dan memohon maaf kepada penumpang atas gangguan terhadap rancangan perjalananan mereka.
“Malaysia Airlines memohon maaf kepada penumpang atas gangguan terhadap rancangan perjalanan mereka dan menghargai kesabaran serta pemahaman mereka.
“Malaysia Airlines sedang berusaha keras untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan enjin pesawat dan komited untuk meminimumkan gangguan lanjut terhadap operasinya,” katanya.
BACA LAGI: Penduduk Kapar cemas, pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda
BACA LAGI: CAAM sahkan 2 mangsa terlibat nahas pesawat ringan terhempas, tak terima panggilan kecemasan
Penumbang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Qatar. — Media sosial
Syarikat penerbangan itu turut memaklumkan semua penumpang sudah dipindahkan ke penerbangan yang disediakan oleh Qatar Airways.
“Pada masa sama, beberapa penumpang telah ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang di Doha dengan kemudahan penginapan dan makanan lengkap.
Malaysia Airlines berkata, keselamatan penumpang kekal sebagai keutamaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram