KANAK-KANAK kepada mangsa pembunuhan kejam, Allahyarhamah Istiqomah Ahmad Rozi akan diberikan perhatian dan pemantuan sepanjang berada di sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti, Khairin-Nisa Ismail berkata, tiga kanak-kanak yang berusia dari empat sehingga sembilan tahun masih sedang terkesan dengan kehilangan ibu mereka.
"Kesemua ahli keluarga sedang bertabah dengan pemergian dan memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Kegusaran kami adalah kerana kanak-kanak itu memiliki telefon bimbit dan mungkin menerima perkhabaran mengenai insiden itu.
"Ketika kami melawat kediaman keluarga, anak yang berusia empat tahun sedang sibuk dengan permainan video sementara anak sulung hanya bersendirian.
BACA LAGI: Mayat Cikgu Istiqomah masih di forensik Hospital Melaka, beberapa anggota badan belum ditemukan
BACA LAGI: 'Semoga syurga buatmu', Cikgu Istiqomah tak pernah 'miss' infaq beri anak yatim makan setiap bulan
Khairin Nisa akan terus memberi bantuan dan sokongan buat keluarga arwah.
"Hanya anak kedua yang berusia enam tahun meluahkan kerinduan terhadap ibu mereka," kata Khairin-Nisa selepas bertemu keluarga mangsa di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Informasi negeri, Aznan Tamin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tiram, Azizul Bachok.
Tambahnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memberikan sesi kaunseling segera kepada suami kepada mangsa, kanak-kanak dan ahli keluarga lain ketika pertemuan tersebut.
"Mereka akan diberikan sesi kaunseling berterusan selagi mereka memerlukannya dan sepanjang berada di Johor kerana semua ahli keluarga berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
"Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga sudah menerima notis untuk mengawasi kanak-kanak berkenaan di sekolah," jelasnya lagi.
Selain itu, sebagai sokongan tambahan, Khairin-Nisa berkata, JKM bersedia untuk menyediakan penjaga kanak-kanak bagi membantu suami Istiqomah ketika dia bekerja.
Kesemua anak kepada pasangan itu kini difahankan berada di bawah penjagaan datuk dan nenek mereka dengan anak berusia sembilan tahun berada di sekolah rendah sementara yang berusia enam tahun kini di tadika.
"Kerajaan negeri juga sudah menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada keluarga menerusi dana kecemasan JKM dan akan terus memberi bantuan kepada keluarga, terutamanya buat ketiga-tiga anak mereka.
"Apa yang mereka mahu ketika ini hanyalah ketenangan dan ruang, jadi saya mengingatkan pihak media dan orang ramai untuk membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan," katanya lagi. — The Star/REMAR NORDIN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram