Polis sahkan Cikgu Istiqomah dan suspek kenalan lama, hanya ada urusan bisnes


  • 112
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Suspek kiri (baju Oren) hanya mempunyai urusan perniagaan dengan Istiqomah (kanan).

POLIS mengesahkan bahawa suspek utama dalam kes pembunuhan Istiqomah Ahmad Rozi, 33, hanya mempunyai urusan perniagaan dengan mangsa.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek yang juga merupakan bekas guru berusia 37 tahun itu mengenali Istiqomah sejak berada di maktab perguruan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, suspek dan mangsa hanya mempunyai urusan perniagaan namun, motif sebenar di sebalik pembunuhan juga masih disiasat.

BACA LAGI: Cikgu Istiqomah disyaki hilang nyawa di tangan kenalan universiti, ada kaitan urusan pelaburan forex

BACA LAGI: Mayat wanita tanpa kepala, identiti ditemui dalam tong sampah di Melaka

2854014

Pihak polis akan memohon sambung reman pada Isnin terhadap suspek lelaki yang ditahan.

Dalam pada itu, suami mangsa, Mohd Yusof Mokhtar, 35, mengharapkan agar dapat membetulkan sebarang tanggapan salah berkenaan arwah isterinya.

Mohd Yusof pada masa sama mahu menuntut keadilan untuk arwah isterinya yang sangat setia dan menyangi keluarganya.

Katanya, anak sulungnya masih merindui arwah Istiqomah dan kini sedang memendam perasaan sendiri.

"Saya memberitahunya bahawa walaupun Mama tiada, saya dan datuk dan neneknya akan sentiasa ada untuk dia dan adik-beradiknya.

"Dia dan abangnya kadang-kadang memanggil ibu mereka dan ini menyayat hati saya. Tetapi saya perlu kuat demi anak," katanya pada Isnin.

Sementara itu, bapa Istiqomah, Ahmad Rozi Latimin, 64, memberitahu bahawa kali terakhir dia berkomunikasi dengan anak perempuannya adalah selepas bercuti bersama keluarga di Morib, Selangor.

2853542

Mayat tidak cukup anggota badan dan tanpa pakaian serta identiti itu ditemui pada 31 Disember lalu. — PDRM

Ahmad juga memohon agar suspek pembunuhan anaknya berdepan hukuman setimpal.

Ibu mangsa, Saliha Ya, 58, dalam pada itu berharap agar pihak hospital di Melaka dapat menyegerakan sebarang proses supaya jenazah anak perempuannya dapat dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan dengan segera.

Terdahulu, Istiqomah yang merupakan seorang guru di Sekolah Kota Masai 3, Pasir Gudang, Johor dilaporkan hilang sejak 18 Jun lalu.

Mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja pada tarikh berkenaan.

Selang beberapa bulan selepas kejadian, seorang mayat wanita ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di longkang tepi jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang, Melaka pada 31 Disember lalu. — The Star/MOHD FARHAAN SHAH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram