Cikgu Istiqomah disyaki hilang nyawa di tangan kenalan universiti, ada kaitan urusan pelaburan forex


  • 112
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Istiqomah Ahmad Rozi dilaporkan hilang selepas kali terakhir difahamkan keluar bekerja pada 18 Jun lalu.

POLIS mengesahkan mayat tanpa kepala yang ditemui pada 31 Disember lalu adalah milik seorang guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang dilaporkan hilang sejak lapan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mendapati, ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Menurutnya, risikan yang dijalankan pasukan polis Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah berjaya menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 36 dan 37 tahun.

BACA LAGI: Mayat wanita tanpa kepala, identiti ditemui dalam tong sampah di Melaka

BACA LAGI: Mayat hampir reput ditemui di cerun bukit di Genting Highlands

2853679

Pihak polis akan memohon sambung reman pada Isnin terhadap suspek lelaki yang ditahan.

"Pasangan ini ditahan di Chemor, Perak dan siasatan yang dijalankan ke atas kedua-dua individu tersebut telah membawa penemuan sebahagian anggota badan termasuk tulang jari dan bahagian kepala tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badan dalam jarak kira-kira lima hingga enam kilometer (KM) dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, mangsa yang mempunyai tiga orang anak dipercayai mengenali suspek dan terlibat dengan urusan pelaburan manakala isterinya tidak mengenali mangsa.

Ujarnya lagi, suspek merupakan bekas kekasih Istiqomah dan berkenalan ketika kedua-duanya masih menuntut di institusi pendidikan.

“Kita percaya suspek dan mangsa berhubung bagi membincangkan pelaburan forex.

"Kedua-dua individu yang ditahan telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan pihak polis akan mohon sambung reman pada Isnin terhadap suspek lelaki yang ditahan," katanya lagi.

2477096

Mayat tidak cukup anggota badan dan tanpa pakaian serta identiti itu ditemui pada 31 Disember lalu. — PDRM

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 06-5562222.

Untuk rekod, Istiqomah Ahmad yang merupakan seorang guru di Sekolah Kota Masai 3, Pasir Gudang, Johor dilaporkan hilang sejak 18 Jun lalu.

Berita mengenai kehilangan Istiqomah tular di media sosial setelah mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja pada tarikh berkenaan.

Selang beberapa bulan selepas kejadian, seorang mayat wanita ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di longkang tepi jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang, Melaka pada 31 Disember lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram