Suspek tikam 2 wanita dalam tandas surau akhirnya dicekup di Kajang


  • 112
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Lelaki yang menyerang dua wanita di kawasan SRA di Kelana Jaya Jumaat lalu, sudah ditahan polis pada Selasa di Kajang.

SUSPEK yang menyerang dua wanita di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat lalu, sudah ditahan polis awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, suspek lelaki tempatan itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan D9 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.

Difahamkan, suspek berusia 46 tahun itu bersembunyi di sebuah rumah kenalannya di Kajang sebelum ditangkap pada pukul 1.45 pagi Selasa.

BACA LAGI : [VIDEO] Luahan sayu isteri minta pelumba jet ski, Abdullah Abdul Mubin pulang undang sebak

BACA LAGI : [VIDEO] Atok, nenek dan cucu dibunuh sebelum rumah dibakar, polis Muar kesan Azman

“Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman.

“Kami sedang menyiasat kes itu dengan lebih lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan kan dua wanita termasuk seorang guru besar sebuah sekolah agama di Kelana Jaya cedera selepas ditikam seorang lelaki bersenjatakan pisau rambo.

Kejadian berlaku di tandas wanita berhampiran surau di kawasan Sekolah Rendah Agama (SRA) kira-kira pukul 1.45 tengah hari.

Kedua-dua mangsa ialah seorang guru besar dan seorang penjual kedai telefon pintar. — The Star/ FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram