[VIDEO] Lelaki sengaja campak basikal, hampir cetuskan kemalangan di Taman Rakyat sebenarnya autisme — Polis


  • 112
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Tangkap layar seorang lelaki (bulatan merah) yang didakwa sengaja mencampakkan basikalnya ke tengah-tengah jalan raya di kawasan Taman Rakyat dekat Alor Setar

SEORANG lelaki yang didakwa sengaja mencampakkan basikalnya ke tengah-tengah jalan raya di kawasan Taman Rakyat dekat Alor Setar, Kedah merupakan pesakit autisme.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya terkesan dengan dua video tular di laman Facebook pada Selasa yang memaparkan tindakan lelaki berkenaan.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 3 petang Jumaat lalu di kawasan Taman Rakyat.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita parah 8 kali ditikam di Taman Sri Muda, perompak gagal kebas apa-apa

BACA LAGI: [VIDEO] Luahan sayu isteri minta pelumba jet ski, Abdullah Abdul Mubin pulang undang sebak

"Sehubungan itu, polis telah mengenal pasti pelaku tersebut yang mana lelaki berkenaan merupakan seorang warga tempatan berusia 24 tahun.

"Semakan mendapati pelaku juga merupakan seorang pesakit autisme dan waris pelaku telah dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar untuk diambil keterangan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau lagi, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan video tersebut.

"Namun, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Mana-mana saksi kejadian diseru tampil ke (IPD) Kota Setar untuk membantu siasatan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram