PEPERIKSAAN ulangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan dilaksanakan dari 20 hingga 22 Ogos ini.
Tarikh tersebut adalah untuk kertas Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik dan akan melibatkan seramai 8,195 calon di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada masa sama mengingatkan semua calon untuk merujuk kepada jadual waktu peperiksaan bagi mengetahui maklumat seperti tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta peraturan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan.
BACA LAGI: Penantian pelajar SPM 10A berakhir, boleh semak status kelayakan ke matrikulasi bermula Khamis
BACA LAGI: 'Semoga dia miliki galeri seni sendiri', ibu Zarra tak lokek 'melabur' demi minat mendalam anaknya
Calon diingatkan untuk menyemak jadual waktu peperiksaan terkini. — Gambar hiasan/The Star
"Jadual waktu boleh dimuat turun daripada portal Lembaga Peperiksaan Malaysia di Ip.moe.gov.my. Calon juga diingatkan supaya membawa bersama dokumen pengenalan diri dan Penyata Pendaftaran Peperiksaan kepada pusat peperiksaan.
"Penyata pendaftaran boleh dimuat turun daripada Sistem Pengurusan Peperiksaan Dalam Talian di https://sppat.moe.gov.my/," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
KPM berkata, calon juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan pengurusan peperiksaan berjalan lancar.
Sementara itu, seramai 1,329 pemeriksa telah dilantik untuk ujian bertulis dan mendengar manakala 1,189 pemeriksa akan bertugas untuk ujian lisan bagi kertas Bahasa Melayu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram