Kes pemain bola sepak acu kerambit dirujuk Timbalan Pendakwa Raya — Polis


  • 112
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Gambar yang tular di media sosial memaparkan pemain terbabit bertindak mengacukan peralatan tajam untuk mencederakan pihak lawan. — Facebook

KERTAS siasatan berhubung individu yang didakwa membawa senjata tajam ketika terlibat dalam pergelutan di padang KLFA, Desa Melawati, Kuala Lumpur telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, polis mencadangkan supaya suspek didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Kami masih menunggu maklum balas daripada TPR,” katanya.

BACA LAGI: Harga diesel turun 5 sen, RM3.30 seliter mulai Khamis

BACA LAGI: Shamsul Azri dilantik Ketua Setiausaha Negara ganti Mohd Zuki

Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang lelaki berusia 22 tahun, yang merupakan suspek utama, ditahan bersama teman wanita warga asingnya berusia 21 tahun di sebuah rumah di Klang pada Khamis lepas.

"Mereka direman sehingga hari ini dan lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala teman wanitanya masih ditahan Jabatan Imigresen," katanya.

Mohammad Lazim berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 23 tahun pada pukul 2.21 pagi 5 Ogos.

“Pengadu mendakwa berlaku pergelutan antara pasukannya dan pasukan lawan.

“Ketika kejadian, salah seorang pemain pasukan lawan membawa senjata tajam dan mengacukan ke arah salah seorang rakan sepasukan pengadu,” katanya.

Katanya lagi, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian berkenaan. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram