Harga diesel turun 5 sen, RM3.30 seliter mulai Khamis


  • Primer
  • Rabu, 07 Ogos 2024

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen.

SEIRING dengan penurunan harga pasaran dunia minyak, kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak lima sen seliter kepada RM3.30 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan memaklumkan, harga tersebut bermula 8 Ogos sehingga 14 Ogos 2024 depan.

"Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter," katanya pada Rabu.

BACA LAGI: Shamsul Azri dilantik Ketua Setiausaha Negara ganti Mohd Zuki

BACA LAGI: Kadar rokok seludup menurun, peluang kerajaan laksana kalendar cukai tahunan — CMTM

Ini merupakan kali pertama harga diesel di Semenanjung diturunkan selepas pelaksanaan penyasaran semula subsidi bahan bakar itu, yang berkuat kuasa 10 Jun lalu.

MOF berkata, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing dikekalkan pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter pada tempoh sama.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Harga minyak dunia menjunam minggu lalu apabila kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mula memuncak dan sebelumnya para pelabur menjual pegangan petroleum mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram