Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih tiada dokumen di Klang


  • 112
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Tangkap layar memaparkan pemain terbabit bertindak mengacukan peralatan tajam untuk mencederakan pihak lawan. — Facebook

POLIS menahan pemain bola sepak amatur selepas dia dipercayai mengacukan objek tajam dalam insiden perselisihan semasa perlawanan bola sepak di KLFA Football Centre, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya, 21 tahun, pada Khamis.

Beliau berkata, penahanan itu dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sebuah rumah di Klang, Selangor, pada pukul 6.30 petang.

BACA LAGI: VAR 'bunuh' semangat Kedah, JDT tepati ramalan lawan Selangor

BACA LAGI: Olimpik 2024: Regu lelaki sumbang pingat pertama buat Malaysia

"Hasil siasatan, suspek mengaku mengeluarkan senjata tajam iaitu kerambit bagi mempertahankan diri dalam kejadian itu.

Beliau berkata, suspek lelaki direman empat hari bermula hari ini sehingga 12 Ogos ini.

Katanya, teman wanita pula ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigeresen 1959/63 atas kesalahan tiada dokumen perjalanan sah.

Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang pemain pasukan Farouk FT itu didakwa menggunakan peralatan tajam dalam sebuah perlawanan liga sosial.

Kejadian yang tular menerusi hantaran di Facebook itu berlaku di padang KLFA, Desa Melawati, Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tengah hari dan didapati pemain jersi bernombor 7 itu sanggup bertindak di luar kawalan dengan menggunakan senjata tajam apabila tercetus pergaduhan antara mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram