'Beli admission grandstand pun, orang sapu tempat duduk, ada beza ke harga tiket final Piala FA?'


  • Podium
  • Rabu, 07 Ogos 2024

Perlawanan akhir Piala FA itu akan mempertemukan juara bertahan JDT menentang Selangor FC yang bakal berlangsung di SNBJ, Kuala Lumpur pada 24 Ogos.

"TIADA beza harga tiket RM50 dengan RM70. Boleh duduk sesuka hati." Itu luahan netizen berhubung harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2024 yang diumumkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Selasa.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap MFL di ruangan komen hantaran badan induk berkenaan selepas mengumumkan empat kategori harga tiket yang dibuat melalui akaun media sosial mereka.

Ada dalam kalangan mereka yang berpendapat harga yang ditetapkan mahal dan tidak adil susulan ketidakcekapan mereka dalam memastikan kawalan kemasukan penyokong yang hadir ke dalam stadium berjalan dengan lancar pada perlawanan terdahulu.

Menurut salah seorang netizen, Mohd Dez, prosedur operasi standard (SOP) organisasi itu tidak dijalankan dengan sempurna berikutan tiada pemeriksaan tiket dilakukan di pintu masuk setiap kali tiba perlawanan akhir piala itu.

BACA LAGI: JDT berputih mata, Forestieri jadi rebutan kelab Timur Tengah

BACA LAGI: Bukan kerambit tapi gunting, pemain samseng mungkin disaman, digantung seumur hidup

2843766

Harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2024. — Facebook/MFL

"Buat harga tiket ikut seksyen. Sekali semua berebut masuk duduk tempat mahal. Siapa cepat dia dapat.

"Setiap kali final sama je. SOP ke laut. Tidak perlu beli tiket. Nanti boleh masuk percuma," ujarnya.

Sementara itu, Faiz berkata, MFL sepatutnya mengetatkan kawalan melalui pemeriksaan di setiap pintu masuk termasuk menetapkan pintu masuk khusus mengikut harga masing-masing.

"Apabila buat ikut seksyen ni patutnya seksyen tu kena masuk ikut pintu lain. Sebelum duduk kena periksa lagi seksyen yang mereka sepatutnya berada," luahnya.

Seorang lagi netizen, Khairul berpendapat, tiada beza harga tiket RM50 dan RM70 kerana ada penyokong yang bertindak untuk memilih tempat duduk sesuka hati tanpa mengikut ketetapan harga.

"Pengalaman pergi tengok perlawanan akhir tahun lepas. Dekat dalam tiada siapa yang kawal. Kau masuk pukul 5, boleh duduk tempat cun. Masuk lambat, duduklah teres paling atas walaupun tiket RM70," katanya.

Selain itu, Muhammad Ihsan turut meluahkan kebimbangan sama selepas ada dalam kalangan penyokong yang tidak bertanggungjawab mengambil tempat duduknya di VIP Grandstand pada perlawanan terdahulu.

"Aku pergi grandstand pun ada orang sapu tempat duduk aku. Kalau tempat duduk biasa ni entah la," ujarnya.

Terdahulu, Majoriti melaporkan Perlawanan akhir Piala FA itu akan mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor FC yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada 24 Ogos ini.

MFL menyediakan empat kategori tiket untuk diagihkan secara sama rata kepada pasukan finalis dengan harga tiket serendah RM50 dan RM70 bagi tiket General Admission, RM150 tiket Piala FA Premium dan RM200 tiket Piala FA VIP Grandstand.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram