Jangan jadikan badan kerajaan seperti swasta — PM Anwar


  • Primer
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Anwar mengingatkan kepada badan berasaskan dana awam supaya tidak beroperasi seperti firma swasta. — The Star

BADAN berasaskan dana awam atau kerajaan diingatkan untuk tidak beroperasi atau melaksanakan program seperti firma swasta, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, ia bagi memastikan tiada sebarang 'ketelanjuran' yang menjurus kepada kepentingan perniagaan, ahli lembaga dan pengurusnya.

Beliau pada masa sama menyokong cadangan Ketua Audit Negara agar memantau lebih teliti sekali gus menjadikannya sebagai satu budaya baharu dalam ekosistem pekerjaan untuk menambah baik tadbir urus.

BACA LAGI: Peperiksaan ulangan SPM berlangsung 3 hari bermula 20 Ogos

BACA LAGI: 'Semoga dia miliki galeri seni sendiri', ibu Zarra tak lokek 'melabur' demi minat mendalam anaknya

6538b34eb4298ee8aa9df120_mranti office

MRANTI adalah di bawah MOSTI. — MRANTI

Katanya, badan-badan seperti Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) adalah di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berasaskan daripada dana awam.

"Pengurusan tidak harus terikat dengan prosedur dan kerangka tetap, sebaliknya harus bersedia membuka lembaran baharu menceburi ke dalam bidang kepakaran.

"Kelebihan kita bukan sahaja mula tahun lepas (2023) atau 10 tahun dahulu. Hebat kita ketimbang yang dicapai dengan negara lain, sama ada negara jiran atau negara lain," katanya pada Isnin. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram