KIRA-KIRA setengah juta ringgit diperuntukkan pada separuh pertama tahun ini untuk membaik pulih kemudahan tandas awam yang rosak di stesen transit Kajang sehingga Selangor.
Ketua Operasi Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang, Sofiah Hussien berkata, syarikat itu terpaksa membelanjakan RM500,000 dari Januari hingga Jun tahun ini, khusus untuk pembaikan dan penggantian alat ganti tandas di stesen MRT dan Transit Aliran Ringan (LRT) termasuk tandas yang dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).