Gagal saingi EV China punca Tesla batal buka kilang di 3 negara Asia Tenggara — PM Anwar


  • Primer
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Tesla dilaporkan gagal bersaing dengan EV yang dikeluarkan syarikat dari China.

PEMBATALAN Tesla untuk membuka kilang di Malaysia, Thailand dan Indonesia adalah disebabkan kegagalan syarikat itu bersaing dengan kenderaan elektrik (EV) dikeluarkan syarikat dari China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung perkara itu.

“Tengku Zafrul telah mendapat maklumat terkini (mengenai Tesla), kerana mereka telah mengalami kerugian (disebabkan) tidak dapat bersaing dengan EV dari China,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meluncurkan Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Jadi operasi mereka di Thailand besar, kita baru nak mula. Jadi itu penerangan langsung dari Tesla," tambahnya.

Pada Khamis, media melaporkan mengenai Tesla yang tidak akan membina kemudahan pembuatan EV sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia. The Star/ALLISON LAI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram