Kafe khemah putih tepi jalan jadi pilihan pelanggan mengidam pasta, biskut 'homemade'


  • Bizz
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Kafe Bluum cawangan Taman Melawati dibuka setiap hari, dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.

SEBUAH kafe tepi jalan di Kuala Lumpur yang tular di media sosial pada tahun 2021, masih menjadi pilihan dalam kalangan penggemar kafe khususnya dari Selangor dan Kuala Lumpur berikutan harganya yang berpatutan.

Kedai makan itu yang mula beroperasi di Taman Melawati pada Ogos 2021 telah melebarkan sayapnya ke Kosas Ampang, Batu 6 Gombak, MSN Wangsa Maju dan Aeon AU2, Setiawangsa.

Manoj Nelson Noronha-Sree, 20, yang mengendalikan cawangan Bluum Roadside Café Taman Melawati berkata, antara pasta kegemaran pelanggan ialah spicy aglio olio, makaroni berkeju dan krim Thai.

BACA LAGI: Polis cekup suspek kes sorok kamera dalam bekas pewangi di homestay

BACA LAGI: Tak cukup hanya tahu tempat kamera disembunyikan, ini 3 cara nak kesan ada 'kaki skodeng' dalam bilik hotel

Manoj cooking Bluum’s Mac & Cheese.

Manoj ketika menyediakan makaroni berkeju yang merupakan salah satu menu kegemaran pelanggan.

"Kami mempunyai pes Thai istimewa yang digunakan dalam masakan krim Thai kami.

"Spageti krim Thai kami dicampur dengan sos berperisa tomyam pedas, daging lembu, tomato ceri dan cendawan," katanya.

Selain itu, spicy aglio olio yang dimasak dengan udang, cendawan, tomato ceri, bawang putih, cili dan herba turut tidak terkecuali menjadi antara menu terlaris.

Pasta mereka dijual pada harga sekitar RM12 bagi creamy alfredo, spicy aglio olio dan beef bolognese manakala RM15 untuk Mac & Bolo (makaroni berkrim bersama keju, cendawan dan sos tomato daging lembu).

Biskut red velvet dan coklat cip walnut berharga RM9 sementara berry's pink dan matcha dulcey berharga RM12.

“Biskut kami yang paling digemari ialah coklat cip Hershey's dan coklat cip walnut,” katanya.

Kafe itu juga terkenal dengan menu kopinya, latte karamel masin berharga RM8.

Selain minuman kopi, coklat crème brulee berharga RM9 juga antara kegemaran pelanggan.

(Clockwise from top) Berry's Pink Cookie, Hershey's Chocolate Chip Cookie, Iced Latte, Spicy Aglio Olio, Mac & Cheese and Creamy Alfredo.

Antara hidangan popular yang menjadi kegemaran pelanggan di Bluum Roadside Café.

"Waktu sibuk kami adalah antara tengah hari dan 2 petang dan selepas waktu bekerja dari 5 petang hingga 7.30 malam," katanya.

Dia memaklumkan, mereka sentiasa berjaga-jaga pada hujung minggu juga.

Kedai makan itu terkenal dengan khemahnya yang berwarna putih.

“Kami pernah beroperasi menggunakan trak tetapi disebabkan kekangan seperti hujan, kami beralih kepada khemah,” kata Manoj.

Cawangan di Kosas Ampang dan MSN Wangsa Maju bagaimanapun masih beroperasi menggunakan trak makanan.

Cawangan Taman Melawati juga menerima tempahan secara dalam talian.

Waktu buka berbeza, namun, cawangan Taman Melawati dibuka setiap dari pukul 8 pagi hingga 10 malam, termasuk hari cuti umum.

Untuk butiran, boleh lawati halaman Instagram bluum_rc. — The Star/ ELYNA FAIZAL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram