Ada wakil pembangkang mahu jumpa tapi saya tak nak 'dipatuk' dua kali — Zahid Hamidi


  • Politik
  • Sabtu, 27 Jul 2024

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau. — Facebook/ZahidHamidi

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, ketika ini beliau masih lagi belum terbuka hati untuk berjumpa dengan wakil-wakil daripada parti berkenaan.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid mendedahkan bahawa dia enggan mengulangi kesilapan yang sama kelak.

BACA LAGI: Gadis 17 tahun bermata coklat hilang sejak Jun, kali terakhir dikesan di Kampung Sungai Ara

BACA LAGI: Bekas menteri, Dr Siti Zaharah meninggal dunia

WhatsApp Image 2024-07-27 at 13.10.03

Zahid Hamidi bersama ahli-ahli UMNO. — Facebook/ZahidHamidi

"Ada delegasi yang datang mahu jumpa saya dan Anwar, namun saya tidak terbuka hati lagi jumpa mereka.

"Saya pesan jangan dipatuk ular yang sama untuk kali kedua di tempat yang sama," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tebrau di Dewan Taman Adda Height, Johor pada Jumaat.

Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor merangkap Ketua Umno Bahagian Tebrau, Senator Datuk Abdul Halim Suleiman; Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Jazlan Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Azizul Bachok.

Pada 8 Julai lalu, Ahmad Zahid menyatakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan PAS selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti itu kerana mendakwa kerjasama mereka dalam Muafakat Nasional (MN) sebelum ini dikhianati PAS.

Tambahnya lagi, tiada sebarang perbincangan mengenai kerjasama antara Umno dan PAS buat masa ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram